Info Kesihatan

5 Menu Raya Yang Bantu Elakkan Berat Badan Bertambah

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, telah hampir sebulan kita semua menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Selain kita fokus beribadah, sudah pasti rutin berpuasa ini telah membantu juga ramai di antara kita dalam penurunan berat badan masing-masing. Maka, badan kita pun terasa lebih ringan dan lebih sihat…kita pun tersenyum gembira nak sambut raya kan. Tapi, ada cabaran terbesar yang akan menanti kita iaitu menu atau hidangan raya yang sangatlah menggoda nafsu. Hati-hati semua, memang sedap dan lazat, tapi pastikan kita tidak mengikut nafsu…kalau tak, sia-sia je berat ideal yang kita dah dapat tu…

Jadi, apa yang kita perlu buat? Ok, mudah sahaja, iaitu pastikan kita makan secara sederhana, tidak berlebihan. Sebabnya, menu-menu semasa raya ini, memang banyak yang berlemak dan berkalori tinggi. Kalau kita makan secara berlebihan, memang boleh menyebabkan berat badan kita naik. Jadi, kali ini nak kongsikan tips untuk kekalkan berat badan yang ideal iaitu dengan menjaga pengambilan kalori dalam pemakanan kita.

*****

Dikongsikan info tentang menu/hidangan yang sesuai untuk menjaga kalori semasa hari raya :

 

  • Satu mangkuk mi kari – 530 kkal gantikan dengan

    Satu mangkuk bihun sup 150 kkal

  • Satu pinggan nasi dagang, kari ayam, acar dan sayur – 510 kkal gantikan dengan

    Satu pinggan nasi kerabu, solok lada dan ulam-ulaman310 kkal

Hari raya, Syawal, Menu sihat

  • Satu mangkuk mi rebus – 420 kkal gantikan dengan

    Satu mangkuk laksa penang240 kkal

  • Satu potong kek coklat – 150 kkal gantikan dengan

    Satu potong kek buah 130 kkal

  • Satu cawan air berkarbonat – 130 kkal gantikan dengan

    Satu cawan air jus buah-buahan 60 kkal

Ok kesimpulannya, pastikan kita mengambil makanan yang berkalori rendah, kurangkan makanan yang bersantan dan berlemak sebaliknya gantikan dengan makanan yang bersup, rebus atau stim. Maksudnya, bukanlah tidak boleh ambil langsung menu/hidangan raya yang lain, tapi makanlah secara sederhana tanpa berlebihan dan banyakkan minum air masak juga.

Jadi, menu di atas bolehlah dijadikan panduan untuk memilih hidangan yang disediakan buat kita ataupun sebagai idea untuk kita sediakan hidangan buat tetamu yang berkunjung ke rumah kita.

Jom kita berhari raya secara sihat. Boleh amalkan vitamin sebagai tambahan juga ye.

Semoga info ini bermanfaat untuk dikongsikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain 🙂