Inspirasi & Motivasi, Tazkirah

Adab-adab Berdoa Yang Perlu Kita Tahu Dan Amalkan

Hari Jumaat adalah hari mustajab berdoa. Berdoalah dengan adab-adab berikut :

1. Menghadap qiblat, angkat kedua belah tangan dan menyapu muka di akhir doa.
2. Merendahkan suara di antara bisik dan jahar (lantang).
3. Hadir hati, Khusyu’ dan rendah diri, berserah diri kepada Allah.
4. Datangkan rasa ‘confirm’ doa akan dimaqbulkan dan benar-benar harap kepada Allah swt.
5. Merayu bersungguh maka seeloknya diulang tiga kali.
6. Membuka doa dengan ‘Majami’ al-Hamd’ serta selawat ke atas Rasul salla allahu laihi wasllam dan diakhiri juga sedemikian.
7. Istighfar dan taubat beserta doa, jika ada ZALIMI maruah atau harta orang lain WAJIB DIKEMBALIKAN SEGERA. itu adalah faktor paling kuat untuk maqbulnya doa.
8. Memahami doa yang dipinta.

SELAMAT BERDOA, antara waktu mustajab berdoa di hari Jumaat adalah selepas Asar sebelum Maghrib.

Sumber : Zaharuddin.net
Kisah Kami, Tazkirah

Persiapan Balik Ke Kampung

Hari ini, 27 Ramadhan…

Perasaan tahun ini memang agak berbeza sekali. Seolah macam tak percaya Ramadhan akan berakhir. Tambahan pula, persediaan Syawal memang kami dah siap prepare sebelum Ramadhan lagi.

Paling terkesan, sepanjang Ramadhan ini telah menyaksikan ramai insan-insan atau saudara-saudara kita yang selamat kembali kepada Pencipta.

Terdetik dalam hati, adakah kita jua akan dijemput pulang kepada Pencipta atau masih diberi peluang bernafas hingga ke akhir Ramadhan? Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Di saat hari-hari terakhir Ramadhan ini, sama-samalah kita terus berdoa sebanyak-banyaknya. Semoga kita semua beroleh pengakhiran hidup yang baik. Sepertimana kita bersemangat buat persiapan untuk balik kampung berhari raya, moga kita jua lebih bersemangat buat persiapan untuk balik ke kampung Akhirat yang kekal abadi :’)

~Ingatan buat diri ini…

Ramadhan dirindui ๐Ÿ™ , Syawal disyukuri ๐Ÿ™‚

Kisah Kami, Resepi simplebyazean

Resepi Cornflakes Coklat Sedap & Mudah

Ini gambar tahun lepas. Sejak berkahwin & ada anak kecil, memang buat kuih yang senang2 je.

Ini antara kuih yang paling mudah nak buat dan paling laku pulak tu. Bila kumpul ramai2, tanpa sedar memang 1 Syawal tu dah boleh licin, tinggal sarung & bekas je.

Seronok buat ini, suami & anak2 pun boleh tolong bantu sama.

Oklah, sesiapa yang tengah fikirkan kuih atau ole2 apa untuk bawak balik kampung tu, bolehlah cuba buat ini. Masih sempat lagi. Memang bila bagitau kita homemade, serius kepuasan tu akan sangat lain dengan yang kita beli siap di kedai.

P/s : Saje nak share resepi simple ini, mungkin tahun ini saya rehat untuk buat. Maafkan makcik ye, wahai anak2 buah yang memang suka sangat tu.

Cadangan : Jika nak dapatkan kuantiti yang lebih banyak, silalah buat di siang hari (sebab puasa, tak boleh nak makan). Buat ini, memang asyik2 nak rasa je, lagi2 kalau yang ada anak2 tu. Diorang geram je, sebab sedapnyaaa.

ย *****
Jom, kita tengok resepinya…
*****
BAHAN-BAHAN :
Oh ye, maaflah gambar tak ambil sebelum ini, sempat ambil gambar yang dah siap atas tu je. Jadi, gambar-gambar yang bawah ini, semua ihsan daripada google ye.
(Nota : Bahan-bahan boleh dapatkan di mana2 kedai menjual bahan keperluan bakeri)
  1. Cornflakes

~ Boleh beli ikut banyak mana nak buat ye. Tapi, serius boleh dapat banyak nanti. Beli di kedai bakeri memang lebih menjimatkan. Cuma takde jenama la. Kalau yang kat pasaraya tu, bagi kami kurang sesuai, bertambah pula harganya yang mahal.

 

2. Coklatย 

~ Sebenarnya boleh guna apa2 sahaja coklat masakan pun. Tapi, saya memang pilih jenis coklat yang seperti dalam gambar atas ini. Ini perbandingan saya la, bila guna ini lagi sedap dan puas hati berbanding guna coklat masakan biasa. Harganya memang lebih sedikit mahal. Tapi, saya lebih pentingkan kualiti, saya suka bila dimakan rasa sedap dan rangup. Jadi, saya memang guna coklat ini. Terpulanglah kepada semua ye. Kalau beli coklat yang ini ada 2 bentuk ye. Bentuk blok macam dalam gambar atau bentuk coin. Boleh je mana2 pun.

 

3. Sarung cawan kertas yang kecil

~ Beli saiz yang kecil tu ye, macam untuk biskut raya tu. Ikut la, nak pilih corak apa yang disukai. Tengok kuantiti yang diperlukan. Terlebih pun takpe, boleh simpan untuk kegunaan akan datang.

 

4. Hiasan warna-warni

~ Ok, ini tak wajib. Takde pun takpe. Saja letak atau tabur kat atasnya, nak bagi ada seri sikit. Hehe. Terpulanglah, nak letak bentuk apapun yang disukai hati ye.

 

CARA-CARANYA :

  • Cairkan coklat. Guna teknik ‘double boiling’, maksudnya coklat tak boleh direct dengan api. Caranya, panaskan atau didihkan air dalam periuk. Dah mendidih, letak kuali atas periuk tadi.
  • Kemudian, letak coklat yang dah siap dipotongkan kecil-kecil sikit ke dalam kuali. Biarkan coklat cair dengan sempurna.
  • Boleh kacau coklat tu dan pastikan kesemuanya cair. Sementara tunggu coklat cair, boleh sediakan dan susun sarung cawannya.
  • Bila coklat dah cair, boleh lah masukkan cornflakes sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata dan sebati. Pastikan semua cornflakes disalut dengan coklat. Jika rasa terlebih coklat, boleh masukkan lagi cornflakes, kacau lagi hingga rata semuanya.
  • Dah selesai, bolehlah diletakkan ke dalam sarung cawannya. Guna sudu kecil, senang sikit. Terpulang, ikut banyak mana yang dikehendaki.
  • Lepas tu, boleh letak hiasan kat atasnya kalau ada.
  • Akhir sekali, masukkan dalam peti ais seketika untuk keraskan coklatnya. (peti ais bahagian bawah tu je ye, bukan bahagian beku atas tu)
  • Saya guna talam besar, sementara tunggu talam pertama siap keras, saya siapkan yang talam lain, nanti gilir-gilir je masuk peti ais sampai siap.
  • Yang dah siap keras tu, boleh simpan masukkan ke dalam balang atau bekas.

Itu sahaja, senang je…

Selamat Mencuba & Selamat Menikmati Cornflakes Yang Rangup Bersalut Coklat Sedap ๐Ÿ™‚

 

Apa2 nak tanya, boleh je roger2 saya ye,

With love,

Azean : 013-9415831