Umum

10 Cara Untuk Menjadikan Anak Lebih Pintar Dan Berperibadi Yang Tinggi


Saya ingin kongsikan 10 cara untuk menjadikan anak lebih pintar dan berperibadi yang tinggi.

1. Berikan makanan yang halal dan bernutrisi (toyyiban). Makanan yang natural dan dimasak sendiri. Galakkan mereka minum air mineral dan makan sayur/buah. Elakkan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi (manis) seperti kek, coklat dan minuman dalam kotak.

2. Banyaklah berkomunikasi dengan mereka. Bicara dengan penuh emosi. Jangan malu untuk berkomunikasi dengan cara mereka. Bercakap dengan nada, mimik muka, ketawa dan suara-suara yang mencuit hati mereka.

3. Bermain dengan mereka. Mereka ibarat anak-anak singa yang memerlukan pergerakan fizikal untuk menguatkan otot-otot tubuh mereka. Kita perlu pantau, dan bukan hanya berada di sisi. Memerhatikan keselamatan dan melihat perkembangan mereka. Mereka juga perlukan permainan minda. Soal jawab dengan mereka dan kita akan kagum dengan jawaban mereka. Kita bukan mahu jawaban yang betul, tetapi jawaban yang logik pada tahap pemikiran mereka.

Cuba bertanya “Kenapa kentut kita busuk?” Tentu kita dapat jawaban yang mencuit hati kita.

4. Bernyanyi bersama mereka. Dalam perjalanan yang jauh bersama keluarga kita boleh nyanyi bersama-sama, sama ada lagu kanak-kanak, lagu nasyid atau lagu patriotik. Mereka pasti mengenangkan pengalaman ini apabila mereka dewasa.

5. Bawa anak berjalan dan ajarkan ilmu baru. Ajak ke tepi rumah dan tunjukkan tumbuhan/haiwan kecil yang tidak pernah dia lihat. Berjalan di waktu malam, dan bertanyakan “mengapa bulan itu bulat?” Temani anak menonton TV. Bila anak menonton TV, luang masa bersama mereka walaupun hanya cerita kartun. Luangkan sedikit masa 10-15 min untuk melayan emosi mereka kita menonton.

6. Ucapkan perkataan yang baik-baik saja di hadapan mereka. Tegur mereka jika mereka menggunakan perkataan yang buruk. Selalu sebutkan perkataan “terima kasih, saya sayang awak” apabila dia melakukan perkara yang baik walaupun kecil. Ajar mereka dengan minta mengulangi perkataan baik depan kita.

7. Selalu memeluk dan mencium anak. Peluk dan cium mereka paling kurang sehari sekali. Apabila kita baru balik rumah dan mereka telah tidur, peluk dan cium mereka juga. Jadikan rutin hidup. Mulakan dari kecil. Anak yang sentiasa dipeluk dan dicium selalunya akan mengikut kata kita.

8. Dengar rintihan mereka dan beri perhatian. Apabila mereka takut, kita dengar dan bantu. Tidak semua kanak-kanak akan memberikan respon yang serupa. Ada kanak-kanak yang menjadi kuat bila dibiarkan, ada kanak-kanak yang semakin lemah.

9. Perhatikan kebolehan anak dan apa bakat dan kekuatan dia. Ada anak yang cemerlang dalam akademik, ada yang cemerlang dalam kemahiran pertukangan, ada yang cemerlang dalam komunikasi, ada yang cemerlang dalam sukan. Jangan memaksa anak untuk memenuhi cita-cita kita. Tetapi bantu anak memenuhi cita-cita mereka.

10. Perkenalkan lebih dari satu bahasa. Bercakap dengan mereka dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Arab, french, Spain etc. Mereka mudah mengingat perkataan-perkataan itu. Otak mereka seperti sponge.

Yang terakhir selalu doakan anak untuk menjadi manusia yang terbaik. Baca doa depan mereka supaya mereka dapat dengar.

Kecerdasan anak-anak tidak hanya bergantung kepada faktor genetik, tetapi cara kita mendidik mereka. Semoga bermanfaat.

-Dr Zubaidi Hj Ahmad

Umum

Kenapa Vitamin Atau Suplemen Tetap Diperlukan Dalam Kehidupan Harian Kita


Ada orang kata kenapa nak ambil vitamin/suplemen lagi, cukuplah dengan makan sayur dah boleh dapat vitamin.

Kami tidak nafikan, jika betul2 yakin dapat zat vitamin drpd sayur dengan cukup, memang tak perlu ambil vitamin/suplemen lagi. Tapi, bagi kami sendiri, atas faktor situasi sekarang, sememangnya nutrien atau zat vitamin drpd sayur yang kita makan sekarang belum tentu cukup.

Sebabnya, kita boleh tengok macamne sayur-sayuran ini ditanam. Ada kemungkinan besar telah tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain. Situasi ini dah boleh menjejaskan kandungan nutrien sayur tersebut. Dan salah satu faktornya lagi, mungkin di kedai2 makan atau kita sendiri memasak sayur dengan terlalu lama. Ini juga adalah faktor yang boleh menyebabkan kehilangan nutrien & vitamin drpd sayur tersebut.

Jadi, disebabkan itulah kita memang perlukan vitamin/suplemen untuk mencukupkan dan melengkapkan lompong2 nutrien & vitamin yang tidak cukup drpd pemakanan seharian kita. Ramai yang masih tidak jelas, kita ambil vitamin/suplemen bukan saja suka2. Tapi, ianya dah memang menjadi satu keperluan yang sangat penting.

InsyaAllah, bila kita faham. Kita akan jelas yang fungsi vitamin/suplemen adalah untuk melengkapkan lompong2 nutrien yang kurang itu. Dan pada masa yang sama boleh berusaha untuk amalkan makanan yang organik termasuk sayur-sayuran, yang mana kandungan nutriennya lebih terjamin.

Jadi, semestinya kita kena faham dengan jelas yang semua orang memang sangat perlukan vitamin/suplemen sebagai satu keperluan penting. Sekiranya ada yang nak faham dengan lebih detail lagi, boleh hubungi saya ye. Sedia untuk membantu. 😊

🍃 Jom semua, amalkan pemakanan sihat & amalkan vitamin sebagai tambahan. 🍃

Azean Musa
013-9415831

#AsSaffworks #konsultasiAzean #TheBestOne #tsunamishaklee #liveamazing #shakleeeffects

Umum

Resepi Cheezy Ball Homemade


Bahan-bahan :

5 biji kentang
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
Garam
Lada sulah
Cheese ( Mozarella/Cheddar/slice cheese…tak kisah apa2 jenama pun…ehe )
Telur
Serbuk roti

Cara-cara :

1) Kupas kulit kentang, potong, basuh…kemudian rebus kentang sampai empuk.

2) lenyekkan kentang tadi dalam satu bekas bersama sedikit garam & lada sulah.

3) masukkan tepung dan minyak.

4) ulikan hingga sebati, kalo masih melekat boleh tambah sikit2 tepung sampailah adunan jadi ok, tak melekat dan boleh dibentuk.

5) potong cheese kecil2 utk dijadikan inti ( agak2 ye saiznya supaya elok je terletak kat tengah2 ), kalo cheese lebih..mmg lg sedap..ehehe

6) ambik sikit adunan tadi dan bentukkan jadi bulat (agak2 sendiri ye nak saiz besar mana).

7) leperkan dan masukkan cheese sebagai inti, kemudian bulatkan semula.

8) pastikan ada 1 bekas utk telur (letak sikit garam & lada sulah) dan 1 bekas utk serbuk roti.

9) Dah siap bulatkan, golekkan dengan telur, kemudian golekkan pula dgn serbuk roti hingga rata.

10) Siap, boleh goreng dgn minyak yg betul2 panas dan api yg tidak terlalu besar supaya tak hangit..goreng hingga kekuningan.

* Jika nak simpan untuk frozen pun boleh, bila nak makan..barulah goreng 🙂

Selamat mencuba 🙂