Tazkirah, Tips Bisnes

Keajaiban Surah Al-Waqiah

Assalamualaikum.

Hari ini nak share sebuah perkongsian yang saya dapat daripada group whatsapp. Tapi, sayangnya saya tak tahu siapa penulisnya. Semoga beliau diberi ganjaran yang baik kerana sudi berkongsi cerita. Bagi saya, ada mesej yang sangat memberi kesan & pengajaran. Moga bermanfaat buat semua.


Ini perkongsiannya :

Saya ada rahsia ILMU PELARIS untuk bisness

Free jer nak bagi ni. Rasa berdosa simpan sorang sorang.

Beberapa hari sebelum Nasi Ayam sy viral melampau dan followers saya naik kepada 20 000 dalam masa seminggu.

Saya study pasal surah AL WAQIAH.

Selepas saya ditegur Allah melalui seorang Pak Cik Jaga klinik yang selalu saya bawa anak follow up.

Semasa pak cik itu tegur saya sebelum balik,

“Nak.. Amalkan Surah Al Mulk dan Surah Al Waqiah sebelum tidur ye”.

[Eh pak cik ni.. Dalam ramai ramai orang, dia tegur aku!]

Skeptikal juga dalam hati sikit. Tetapi fikir balik, Eh! Allah tegur ni melalui pak cik ni!

Jadi, saya pun bukalah tafsir Al Quran dan selak halaman surah Al Waqiah.

Oh… Surah tentang Hari Kiamat rupanya.

Kemudian saya tanya kawan kawan di facebook, ada tak di antara mereka yang tahu tentang kelebihan surah Al Waqiah sebab kalau tentang Hari Kiamat rasanya saya memang ambil tahu. Kot kot ada benda lain yang saya belum tahu.

Kemudian ada yang beritahu surah tersebut adalah surat pembuka pintu rezeki.

Saya pun baca balik… Tak ada pun macam ada unsur unsur rezeki di situ. Jadi, macamana yang ada kaitan dengan rezeki.

Kemudian saya tenangkan fikiran. Tarik nafas… Hembus.

Kemudian rasa semacam dapat azimat.

Cerita tentang Hari Kiamat!

Agaknya Allah mahu kita berpesan pesan dengan orang lain tentang TUJUAN KITA BUAT APA SAHAJA DI DUNIA ADALAH UNTUK AKHIRAT. Pesan kepada diri sendiri dan pesan kepada orang lain juga!

Yes! Kita kena berpesan pesan antara satu sama lain! Kalau dah tau, jangan simpan seorang seorang.

Jika mahu buat baik, jangan buat seorang seorang! Ajak orang lain sekali.

Nak masuk syurga juga.. Jangan selfish! Ajak kawan kawan lain!

Yes! Mesejnya adalah BERPESAN PESAN!

Kiamat adalah benar! Petanda berakhirnya dunia adalah hari Kiamat! Jangan kejar dunia. Kejar akhirat!

Allahuakbar! Itu yang Kau mahu ingatkan semula. Jangan cari kemasyuran dan nikmat dunia semata mata!

Beberapa hari selepas itu, Nasi Umi viral dan followers saya menginjak berpuluh puluh ribu.

Benarlah Al Waqiah adalah PEMBUKA PINTU REZEKI.

Selepas pintu terbuka, bermacam macam rezeki datang.

Jual apa sahaja laku! Dapat peluang terbitkan buku sendiri. Sudah ada website sendiri. Ada e-commerce sendiri. Orang datang hulurkan bantuan tentang online marketing.

Allah… Rasa bersyukur sangat dengan bantuan yang diberikan. Allah yang gerakkan hati hati mereka untuk membantu.

Allahuakbar.

Nota : Saya doakan mereka yang SHARE juga dibukakan pintu rezeki sebab kita berpesan pesan tentang tujuan kita diutuskan ke dunia. Besar pesanan ini sebenarnya

#amazingAlwaqiah

Inspirasi & Motivasi, Kisah Kami, Tips Bisnes

Kenapa Saya Pilih Menjadi Surirumah Berijazah Dan Usahawan Dari Rumah


Ramai yang tanya, kenapa saya tak kerja walaupun ada ijazah. Antara sebab terbesar kerana saya ni jenis yang nak tengok anak tersayang sentiasa di depan mata.

Teringat dulu masa tamat belajar, saya adalah antara yang tak nak bekerja dalam bidang saya. Sebab jiwa saya minat yang lain. Saya minat ke arah perniagaan atau keusahawanan. Tapi, Alhamdulillah bidang Matematik Tulen yang saya belajar dapat juga dimanfaatkan dengan menjadi guru tuisyen. 😊

Selesai belajar, saya dapat rezeki mengikuti kursus keusahawanan selama 6 bulan di Kedai Bakeri. Dapat belajar ilmu kemahiran & perniagaan. Bukan senang tau nak berniaga buka kedai. Memang kena kuat & tabah. Kos kena keluar memang tinggi, beberapa tahun pertama belum tentu dapat keuntungan.

Ok, diringkaskan cerita sebab hati memang tekad nak berniaga. Tu yang macam2 pengalaman ada, pernah buka Pusat Tuisyen, Kiosk Coklat & Kiosk Nasi Lemak. Memang masing2 ada cabaran tersendiri. Disebabkan ada beberapa faktor tertentu, semuanya memang tak dapat bertahan lama. Tapi, tetap tak nak cari kerja jugak tu. Ehe. Sebab tengok situasi kawan2 sendiri pun mencabar juga nak dapatkan peluang pekerjaan.

Tu yang buat kerja sementara seperti jadi guru, kerja ofis dan lain-lain hinggalah dipertemukan dengan bisnes sekarang ini yang boleh buat secara online. Rasa best dan serasi sebab bisnes ini modal kecil je dan tiada risiko.Tapi boleh capai pendapatan yang tinggi bergantung kepada usaha masing2. 😊

Jadi, kepada semua terutama adik2 lepasan ijazah yang belum dapat rezeki pekerjaan, bolehlah mula berniaga sementara menunggu mana2 panggilan. Hidup perlu diteruskan, hutang belajar mesti dibayar, tolong elakkan menganggur ye. Nak belajar cara nak mulakan bisnes ini, meh cepat2 roger akak ok. InsyaAllah, akan dapat ilmu-ilmu yang best.

Azean 🙂
013-9415831

#bisnesdarirumah
#lifetimebusiness
#liveamazing
#shakleeEffects