Tips Suami Isteri

Teknik Nak Tegur Suami


Nak tegur suami yang buat kesilapan memang boleh. Cuma ada tekniknya supaya dia tidak melenting dan mesej diterima dengan baik.

Orang lelaki ni, pantang malaikat 44 nya, jika ditegur oleh isterinya dengan serta-merta. Kerana minda lelaki ini bersifat kotak-kotak. Dia hanya memikirkan sesuatu perkara berdasarkan kotak apa yang sedang digunakan dalam kepalanya.
Kalau dia sedang tengok TV, dalam kepalanya hanya ada satu kotak yang mana di dalamnya hanya ada perkara yang sedang dia tengok di tv itu sahaja. Sekiranya masa ini anda menegur dia kerana sesuatu kesilapannya, sudah pasti dia tidak boleh mendengar dan malah menerima teguran anda itu. Sebab masa itu dia hanya ada kotak tengok TV. Dia akan naik barannya jika anda terus menegur, sedangkan kepalanya hanya ada satu kotak iaitu tengok TV. Matanya tertumpu pada TV, segala pancainderanya terfokus kepada TV. Akhirnya dia melenting kerana anda “mengganggu” ketenteramannya. Dia tidak mendengar apa yang anda leterkan itu kerana “Kotak-Menerima-Teguran” nya itu tidak digunakan.

Oleh itu, bagaimana cara sang isteri ingin menegur suaminya?

Caranya ialah:

1. Jika anda baru berkahwin (masih dalam keadaan kentut pun masih wangi), anjurkan secara bersama untuk rebiu pencapaian anda berdua setiap bulan. Sebaik-baiknya pada awal bulan semasa mendapat gaji (dia tengah ceria) atau sambil makan kudapan, duduk bersantai secara sedar “sesi tegur-menegur” kesilapan sebulan yang lalu. Biarkan suami anda yang menegur kesilapan anda dulu, selepas itu peluang anda pula mem”bantai” dia (cara lembut la ya). Insya Allah, pasti suami ini dengan rela mengeluarkan “Kotak-Terima-Teguran”nya pada waktu itu.

2. Bagi mereka yang dah lama berkahwin dan rasa kekok pula nak buat secara bulanan, elok dibuat semasa sambutan ulang tahun perkahwinan. Buat persetujuan sebelum makan, adakan sesi “muhasabah produktiviti perkahwinan”. Rebiu status kewangan masing-masing, keselesaan suasana rumah, hubungan dengan ibubapa mertua, perkembangan anak-anak dan sebagainya. In sya Allah suami pasti bersedia dengan “Kotak-Muhasabah”nya.

3. Jika ada yang tidak sabar menunggu ulang tahun perkahwinan, boleh juga ditegur dengan membuat strategi semasa dia ada banyak duit. Tunggu dia pulang dari kerja, sambut di pintu dengan senyuman meleret dan ucapan “Alhamdulillah my Hero dan pulang”. Sediakan minuman dan kudapan. Tunggu dia selesai makan dan merehatkan badan. Perlahan-lahan cakap pada dia, “Abang, saya ada perkara yang minta pandangan abang. bila agaknya abang free, perkara ini mengenai saya dan abang juga. Tak lama, mungkin 10 minit je. Abang dengar aje, Tak yah jawabpun tak apa, OK Bang “.

Insya Allah suami anda boleh mendengarnya kerana anda telah gunakan “Standard Operating Procedures orang lelaki” (disambut sebagai pahlawan-diberi makan-rasa dihormati) memudahkan dia mengeluarkan”Kotak-Terima-Teguran”. Bila dia jawapan dia tidak memuaskan hati, tak perlu membalas dengan serta merta. Sabar! Sila bawa pertanyaan itu ke sesi yang berikutnya pula.
Jangan ungkit kesilapan yang samanya setiap tahun, ini boleh menyebabkan “Kotak-Terima-Teguran”nya hilang entah ke mana di dalam otaknya. Susah untuk dia menggunakannya semula.

Selamat mencuba 😊
Pak Utih

Sumber : Pak Utih’s Page