Tazkirah

8 Checklist Yang Perlu Kita Laksanakan Ketika Tibanya Hari Raya

Pantasnya masa berlalu…

Akhirnya, Ramadhan yang datang selama sebulan bakal pergi meninggalkan kita semua. Syahdunya nak berpisah dengan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. Apa-apa pun, semoga bulan Ramadhan yang telah kita tempuh ini berjaya mendidik kita menjadi insan dan hambaNya yang lebih baik. Semoga kita akan dikurniakan rezeki untuk bertemu Ramadhan yang akan datang.

Seterusnya, mari kita menyambut kedatangan bulan Syawal dengan penuh kesyukuran bersama-sama dengan seluruh keluarga kita. Dikongsikan 8 checklist yang perlu kita laksanakan ketika tibanya hari raya :

Hari raya, Syawal

  1. Mandi sunat pagi hari raya

    “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari raya aidilfitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.” (Imam Malik)

  1. Berhias dan memakai pakaian yang indah/terbaik

    “Nabi S.A.W mempunyai satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dan hari Jumaat.” (HR Ibnu Khuzaimah)

  1. Mengucapkan ‘ Taqabbalallahu minna wa minkum’

    (Semoga Allah menerima amalan dari kami dan kamu)

  1. Makan sebelum solat sunat Aidilfitri

    Anas R.A berkata, “Rasulullah S.A.W tidak pergi ke musolla di hari raya Aidilfitri sehinggalah makan beberapa tamar.” (HR Bukhari)

  1. Bertakbir

    “Baginda keluar pada hari raya Aidilfitri, maka Baginda bertakbir (dalam perjalanan) hingga sampai di musolla, dan hingga ditunaikannya solat. Apabila Baginda telah selesai menunaikan solat, maka Baginda menghentikan takbir.” (HR Ibnu Abi Syaibah, al-Faryabi & al-Baihaqi)

  1. Mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan balik dari mengerjakan solat sunat Aidilfitri

    Jabir bin Abdullah R.A berkata : “Nabi S.A.W melalui jalan yang berbeza pada hari raya Aidilfitri.” (HR Bukhari)

  1. Puasa enam

    “Barang siapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun.” (HR Muslim)

    *Nota : Tidak boleh dilakukan pada 1 Syawal ye…

  1. Meneruskan Qiamullail

     Menghidupkan malam dengan beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T

     

    Mudah-mudahan checklist ini dapat menjadi panduan kepada kita untuk diamalkan bersama. Semoga kita dan keluarga dapat meraikan bulan Syawal dengan ruh yang baru &  penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T.

    Semoga panduan ini bermanfaat untuk dikongsikan kepada sahabat-sahabat yang lain 🙂

Inspirasi & Motivasi, Tazkirah

Adab-adab Berdoa Yang Perlu Kita Tahu Dan Amalkan

Hari Jumaat adalah hari mustajab berdoa. Berdoalah dengan adab-adab berikut :

1. Menghadap qiblat, angkat kedua belah tangan dan menyapu muka di akhir doa.
2. Merendahkan suara di antara bisik dan jahar (lantang).
3. Hadir hati, Khusyu’ dan rendah diri, berserah diri kepada Allah.
4. Datangkan rasa ‘confirm’ doa akan dimaqbulkan dan benar-benar harap kepada Allah swt.
5. Merayu bersungguh maka seeloknya diulang tiga kali.
6. Membuka doa dengan ‘Majami’ al-Hamd’ serta selawat ke atas Rasul salla allahu laihi wasllam dan diakhiri juga sedemikian.
7. Istighfar dan taubat beserta doa, jika ada ZALIMI maruah atau harta orang lain WAJIB DIKEMBALIKAN SEGERA. itu adalah faktor paling kuat untuk maqbulnya doa.
8. Memahami doa yang dipinta.

SELAMAT BERDOA, antara waktu mustajab berdoa di hari Jumaat adalah selepas Asar sebelum Maghrib.

Sumber : Zaharuddin.net
Kisah Kami, Tazkirah

Persiapan Balik Ke Kampung

Hari ini, 27 Ramadhan…

Perasaan tahun ini memang agak berbeza sekali. Seolah macam tak percaya Ramadhan akan berakhir. Tambahan pula, persediaan Syawal memang kami dah siap prepare sebelum Ramadhan lagi.

Paling terkesan, sepanjang Ramadhan ini telah menyaksikan ramai insan-insan atau saudara-saudara kita yang selamat kembali kepada Pencipta.

Terdetik dalam hati, adakah kita jua akan dijemput pulang kepada Pencipta atau masih diberi peluang bernafas hingga ke akhir Ramadhan? Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Di saat hari-hari terakhir Ramadhan ini, sama-samalah kita terus berdoa sebanyak-banyaknya. Semoga kita semua beroleh pengakhiran hidup yang baik. Sepertimana kita bersemangat buat persiapan untuk balik kampung berhari raya, moga kita jua lebih bersemangat buat persiapan untuk balik ke kampung Akhirat yang kekal abadi :’)

~Ingatan buat diri ini…

Ramadhan dirindui 🙁 , Syawal disyukuri 🙂