Info Kesihatan, Kami & Shaklee

Tips Sentiasa Cergas Dan Bertenaga Ketika Puasa Ramadhan

Assalamualaikum semua 🙂

 Syukur Alhamdulillah, kita semua masih diberi nikmat bernafas lagi…dan mudah-mudahan kita semua direzekikan Allah dengan umur yang panjang untuk melalui bulan Ramadhan dengan sebaiknya.

InsyaAllah, untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan buat semua berkaitan persediaan fizikal supaya kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih cergas dan bertenaga.

Persediaan yang saya maksudkan adalah dengan mengamalkan set multivitamin seperti di bawah.  Buat pengetahuan semua, saya dan suami juga mengamalkannya dan Alhamdulillah sangat membantu bukan sahaja dalam bulan Ramadhan tetapi pada sepanjang hari-hari yang lain.
Set Puasa Ramadhan, Set Tambah Tenaga Shaklee

Energizing Soy Protein (ESP) :

Minuman berprotein tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan. Glisemik rendah bantu kekalkan paras gula dalam darah.

 Protein yang cukup membantu mengatasi kelesuan dan memberikan tenaga yang lebih lama terutama buat ibu-ibu yang hamil dan ibu-ibu yang menyusukan anak.

Bagi ibu hamil dan ibu menyusu, dengan mengamalkan minuman ESP ini sebagai tambahan ketika bersahur dapat membantu untuk rasa lebih bertenaga dan mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama ketika berpuasa di sepanjang siang hari.

ESP juga sangat sesuai kepada mereka yang ada gastrik dan yang aktif bekerja sebagai langkah agar dapat berpuasa dalam keadaan yang baik.

Performance Drink :

Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk mencegah penyahidratan.

 Ok, untuk performance drink, ia adalah minuman tenaga seperti air isotonik 100 plus, tetapi ia lebih berkhasiat dan tiada gula. Performance drink membantu untuk elakkan rasa haus ketika berpuasa dan dapat mengurangkan kehilangan air yang tinggi dalam badan sewaktu berpuasa.

Mealshakes :

Makanan tambahan yang rendah lemak dan rendah glisemik dengan 19 vitamin dan mineral. Sumber terbaik serat dan protein.

Selain untuk orang dewasa, mealshakes adalah sangat sesuai diberikan kepada anak-anak yang sedang berusaha untuk berpuasa. Ia membekalkan tenaga dan khasiat yang cukup buat keperluan badan mereka.

Kesimpulannya, golongan yang sangat memerlukan set tenaga untuk berpuasa dengan baik ialah :

  • Penghidap gastrik
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Golongan yang sentiasa aktif
  • Golongan yang mudah lapar
  • Golongan yang cepat letih dan lesu

Terdapat 3 pilihan yang ada:

  1. ESP, Performance Drink dan Mealshakes
  2. ESP dan Performance Drink
  3. Mealshakes dan Performance Drink

ESP berperisa soya vanila.

Performance Drink berperisa oren.

Mealshakes berperisa vanilla.

Ramai yang telah mengamalkan pilihan yang pertama, kerana ia amat sesuai untuk minuman seisi keluarga termasuk anak-anak yang akan mengamalkan Mealshakes ketika bersahur.

Semoga info ini bermanfaat.

Jika ingin mendapatkannya, boleh terus hubungi saya :

Azean : 013-9415831 🙂

No. ID Shaklee : 997702

 

 

Info Kesihatan, Kami & Shaklee, Kisah Kami

Cara Hilangkan Sakit Kepala Dengan Mudah Dan Sihat

Cara Hilangkan Sakit Kepala
Jika dulu, kalau sakit kepala atau rasa nak demam, mesti akan dapatkan panadol. Alhamdulillah, kini tidak lagi. Dah beberapa tahun juga kami dah tinggalkan panadol. Lega sangat, bila kami berjaya dapatkan alternatif yang lebih sihat.
Bila sesekali terasa sakit kepala, tips yang kami amalkan :
1) Ambil seketul ais dan letakkan di belakang tengkuk.
2) Sementara tunggu ais tu cair & habis, kita boleh rehatkan diri, tenangkan diri dengan membaca istighfar, selawat, zikir dan mohon doa kepada Allah untuk menyembuhkan.

3) Kalau tak sempat buat cara yang letak ais ini, kami akan sapu/urut bahagian dahi dan belakang tengkuk dengan balm Tasneem Naturel (Calm Time).
4) Dah selesai, kami akan makan beberapa vitamin semulajadi iaitu :
♥ B-complex :
~Menambah aliran darah ke otak, anti-stres, riboflavin menambah simpanan tenaga dalam sel otak.
♥Ostematrix :
~Transmisi impuls darah ke otak.
♥Vitamin C SR :
~Membantu menghasilkan hormone adrenal anti-stres.
♥Omega Guard :
~Menurunkan risiko spasm salur darah berkaitan dengan migrain.
5) Sekiranya kepala masih terasa berat, boleh rehat atau tidur dulu seketika. InsyaAllah, selepas itu akan ok seperti biasa. 😊
Selamat mencuba ye.
Boleh sharekan kepada sahabat-sahabat yang lain untuk manfaat bersama.

 

 

With love,

Azean

013-9415831

Inspirasi & Motivasi, Kami & Shaklee, Kisah Kami

Rezeki Itu Urusan Allah

Vivix Shaklee

Allah Maha Baik :’)

Kelmarin, saya ada bercerita dengan suami mengenai seorang customer. Customer ini jumpa kami melalui google. Beliau nak beli Vitamin B-complex (gayanya nak segera). Kebetulan, ready stok kami ada yang dah habis pula, baru nak restok juga.

Saya tanya customer tu, jika boleh tunggu 2-3 hari untuk kami hantar. Tetiba senyap. Tapi saya bersangka baik je. Sebelum nak follow up semula, ada terlintas dalam hati jika beliau adalah customer yang sesuai dengan kami, permudahkanlah & jika tidak, semoga dia dah dapat beli dengan orang lain.

Lepas follow up, beliau respon yang dia dah berjaya dapat dengan orang lain. Alhamdulillah, lega rasa hati. Tak rasa kecewa pun, sebab dah memang serahkan dekat Allah. Bukan rezeki kami. Yang penting, kami happy sebab dia dah dapat vitamin tu. 😊

Diringkaskan cerita, pada hari yang sama, sebelum nak tidur malam, Allah hadirkan pula seorang insan nak beli Vivix yang mana nilainya berkali-kali ganda daripada vitamin yang tadi tu. Allahuakhbar! syukur atas rezeki Allah :’)

Betul la kan, rezeki ini bukan urusan kita. Yang penting, sejauh mana kita bersangka baik & yakin dengan Pemberi Rezeki kita. Jika itu bukan rezeki kita, bersangka baiklah, pasti Allah nak beri rezeki yang lebih baik buat kita. 😊

Sekadar berkongsi, bukan niat untuk menunjuk tapi sebagai inspirasi bersama & peringatan buat diri sendiri.

 

With love,

Azean

013-9415831