Kami & Memanah, Kisah Kami

Selamat Hari Guru 2017

Alhamdulillah, masih dihidupkan lagi pada hari ini. Satu lagi hari yang istimewa. Buat insan-insan yang pernah mengajar saya apa jua ilmu yang berguna, tidak kira siapa pun kalian, walaupun hanya sebagai tukang sapu sampah sekalipun, saya ucapkan SELAMAT HARI GURU. Moga Allah memberkati hidup kalian di dunia & akhirat.

Dan tidak dilupakan ucapan kepada encik suami tersayang selaku guru memanah saya dan anak-anak didik kami.

Serius, dulu masa bujang tidak pernah terlintas pun saya nak cuba memanah. Tak sangka, sekarang ini terus jadi minat dan sokong sepenuhnya usaha encik suami.

Terima kasih coach Abu Yusuf.
Semoga terus bersemangat mengorak langkah mencipta kejayaan demi kejayaan yang gemilang di dunia & akhirat.

Jom memanah! 🎯🎯🎯

Kelas Memanah Selangor

 

 

 

 

 

 

 

 

~Abu Yusuf Archery~

Alatan & kelas memanah kanak-kanak & dewasa

Coach Faizul (019-3025621)

Kami & Memanah, Kisah Kami

Coach Abu Yusuf dan Pasukan Memanah Hira’ Berjuang di Kejohanan Sukan Nasional Musleh

Hari ini, suami dan beberapa orang guru pengiring yang lain bersama pelajar-pelajar yang mewakili sekolah bergerak ke Kejohanan Sukan Nasional Musleh (Kesunas) di Pahang.
Dalam gambar ini, suami bersama anak2 didiknya untuk team memanah hira’. 🎯
Nampak bersemangat semuanya. 💪😊

Selamat berjuang anak2!
Mohon semua tolong doakan yang terbaik ye.

Semoga saya & suami terus kekal berjuang untuk berkongsi ilmu dalam riadah memanah ini. Mudah-mudahan, anak-anak didik kami ini dapat menjadi sebahagian pewaris dan pengganti untuk mengajar kepada generasi seterusnya pula. 😊

Abu Yusuf Archery
~jurulatih memanah
~kelas memanah kanak-kanak & dewasa

019-3025621
(Coach Faizul)

Kami & Memanah, Kisah Kami

Kelas Memanah Untuk Seisi Keluarga


Bestnya la jika dapat riadah memanah di kampung lagi macam ni. Ini gambar lama, beberapa bulan lepas. Untuk hari ini, kami makan kacang dalam rumah je. Hujan tadi. 😚

Lagi pun set alatan memanah tak bawa. Sebabnya, coach kami yang berbaju merah tu ada kursus di Selangor. Jadi, kali ini kami plan aktiviti lain la. 😋

Oh ye, untuk aktiviti yang ini kan, kami tak bawa target. Jadi, usah la pelik ye, kenapa sepupu kami memanah menghala ke arah pokok pisang tu. Sian pokok terpaksa jadi target. 😂

Yang si Yusuf tu pulak, terlebih excited, boleh dia tanggalkan selipar. Seronok agaknya berkaki ayam. Takpelah, memang bagus sekali sekala ye. Oklah, saja je nak mengimbau kenangan lalu. Sekarang, nak pi bersiap2 apa yang patut. Lapar dah juga perut.

Nak katanya, selain amalkan vitamin untuk kesihatan, pastikan aktiviti senaman & riadah berjalan dengan seiring ok. Yang berminat nak belajar memanah tu, mai contact je kami ye. InsyaAllah, kami usaha ajar sebaiknya. 😊

Nota : Gambar ayah & anak perempuannya sedang belajar memanah. Sweet je tengok. 😘

#AbuYusufArchery

~Catatan petang Sabtu, 28 Januari 2017~