Resepi simplebyazean

Resepi Puding Coklat Oreo Yang Mudah & Sedap

First time buat. Belajar dengan ‘Cikgu Alam Maya’. Alhamdulillah, jadi. Elok rupa & rasa. 

Cumanya, ada yang tak ikut ‘cikgu’ sangatlah.
Biasa orang buat 3 layer, kita buat 2 layer je.
Biasa orang patah 2 je biskut, kita patah lebih daripada 2. 

Tak kisah la, yang penting boleh dimakan.Tak sabar nak bawak malam ini, untuk potluck raya usrah kami. 

 

BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket agar-agar

(resepi asal guna yang jenis serbuk, tapi saya guna yang jenis seperti tali tu, jadi juga. Maknanya, kedua jenis pun boleh, terpulang nak guna yang mana ye)

  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan serbuk minuman milo/vico/coklat

(saya akan guna selain milo, sebab salah satu usaha nak boikot Israel)

  • 1 bungkus biskut oreo
  • 1 cawan gula

(ok, gula ini dinasihatkan letak dulu separuh, larutkan kemudian rasa, kalau nak manis lagi, bolehlah tambah sedikit demi sedikit, ikut kemanisan yang diingini. Ada orang yang tak suka manis sangat macam kami. Dan perlu diingat, serbuk coklat dan biskut oreo tu pun akan ada rasa manis juga. Jadi, sukatan gula ini boleh agak-agak ye, tak perlu berlebihan)

 

CARA-CARA :

  • Didihkan air dalam periuk. Kemudian, masukkan agar-agar & kacau.
  • Bila agar-agar dah larut, masukkan gula & kacau.
  • Bila gula dah larut, masukkan susu cair.
  • Kacau hingga sebati & mendidih. (api sederhana)
  • Bila rasa semua dah ok, bolehlah tutup api.
  • Kemudian, tuangkan sebahagian/separuh bancuhan tu ke dalam satu bekas lain untuk dicampurkan dengan serbuk milo/vico/coklat. Kacau hingga sebati.
  • Tuangkan bancuhan yang bermarna coklat tu ke dalam bekas/loyang & keraskan sekejap (boleh masuk dalam peti ais bila dah agak suam/sejuk).
  • Dah agak sederhana keras, tuangkan pula bancuhan yang putih di atas lapisan coklat. Susunkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan. (Pastikan biskut ditenggelamkan dalam bancuhan putih itu).
  • Bila dah selesai, bolehlah disejukkan dan dikeraskan dalam peti ais.
  • Selepas beberapa jam, bolehlah dipotong dan dimakan bersama keluarga atau kawan-kawan.

Selamat Mencuba 🙂

 

Rujukan : Klik sini (yang 3 layer tu…)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge