Inspirasi & Motivasi, Tazkirah

Amalan Untuk Wanita Yang Sedang Haid Dalam Bulan Ramadhan

Waktu malam yang kosong tanpa tarawih, jangan dibazirkan dengan menonton TV atau melayari Facebook sahaja. Alangkah ruginya masa itu. Ayuh, kuatkan hati kita untuk terus mencari ruang dan peluang beribadah dalam rangka berzikir dan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

 

 

Antara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan :

 

  • BERDOA

Dengan apa sahaja doa termasuk daripada Al-Quran

 

  • MEMBUAT BANYAK AMAL KEBAIKAN

Kepada orang-orang di sekeliling

 

  • BERSEDEKAH

 

  • BERSELAWAT

 

  • BERZIKIR

Bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya

 

  • BERISTIGHFAR

Termasuk apa sahaja istighfar daripada Al-Quran

 

  • MEMBERI MAKAN ATAU MEMASAK

Untuk orang berbuka puasa

 

  • BERKUMPUL BERSAMA-SAMA

Orang yang akan mengingatkan kita kepada Allah

 

  • BANYAKKAN MEMBACA

Buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis

 

  • MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU

 

  • MENDENGAR BACAAN-BACAAN AL-QURAN

 

  • MENGULANG HAFALAN AL-QURAN

 

Banyak lagi ruang dan peluang beribadah kpd Allah yang boleh kita tembusi. Jangan bersedih wahai para wanita. Sesungguhnya Allah tidak akan menyia-nyiakan amal kebaikanmu.

 

Sumber : Majalah JOM isu no.16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge