Info Kesihatan, Tips Parenting

8 Tips Latih Anak Berpuasa Ramadhan Dengan Mudah Dan Sentiasa Bersemangat!

Assalamualaikum semua.

Walaupun ibadah puasa diwajibkan kepada Muslim yang sudah akil baligh, namun anak-anak kecil juga tidak terkecuali daripada menjalani ibadah puasa. Ada banyak kelebihan apabila ibu bapa melatih anak untuk berpuasa sejak dari kecil. Jom kita ikuti 8 tips yang boleh kita amalkan bersama :

 

bulan puasa, puasa ramadhan, set tambah tenaga, set puasa shaklee, set ramadhan shaklee

  1. MULAKAN DARI KECIL

    Ceritakan tentang Ramadhan dan tunjukkan contoh kepada anak-anak. Kita juga boleh biasakan anak-anak dengan membawa mereka menunaikan solat terawih dan berpuasa.

  1. BELAJAR PERLAHAN-LAHAN

    Apabila anak-anak sudah mengetahui tentang puasa, kita biasakan diri mereka dengan bangun sahur dan berpuasa. Mulakan dengan berpuasa beberapa jam sahaja dan selepas itu, mula bertahan dan berbuka sehingga waktunya. Selain itu, ajarlah anak-anak melakukan ibadah lain seperti membawa al-Quran secara rutin setiap hari.

  1. BERIKAN HADIAH

    Jika anak kita sukar untuk berpuasa, kita boleh memberi semangat kepada mereka dengan hadiah-hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Namun berpada-padalah agar anak-anak tidak berpuasa kerana ganjaran hadiah.

  1. BERJEMAAH

    Bawalah anak kita ke masjid untuk memberi semangat dalam beribadah sepanjang Ramadhan. Berbuka puasa dan berjemaah di masjid dapat meningkatkan semangatnya untuk beribadah.

  1. ALIHKAN PERHATIAN

    Mengalihkan perhatian anak-anak dari godaan makanan bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, kita perlu memainkan peranan dengan menukarkan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah.

    *Pastikan aktiviti yang dilakukan itu bukanlah aktiviti yang memenatkan sehingga menyebabkan anak kita merasa dahaga.

  1. AJAR SECARA BERPERINGKAT

    Ajarlah anak-anak kita secara berperingkat. Contohnya, kejutkan anak bersahur dan lambatkan waktu makan. Selain itu, kita boleh biasakan anak kita dengan berpuasa setengah hari sehinggalah dapat berpuasa penuh.

  1. SELESA SELAMA BERPUASA

    Mungkin anak-anak yang baru memulakan puasa buat pertama kali agak susah untuk menyesuaikan diri. Sudah tentu mereka akan merasa lapar kerana terbiasa makan pada waktu tengah hari. Jadi, untuk tempoh sebelum berbuka, ajaklah anak melakukan perkara yang menyenangkan seperti memasak agar waktu berpuasa tidak terasa lama.

    *Kita boleh menanyakan menu makanan kegemarannya untuk berbuka. Bukan sahaja untuk bertahan dalam tempoh sebelum berbuka tetapi juga memberi selera ketika berbuka.

  1. PILIHAN MAKANAN BERKHASIAT

    Ketika bersahur, pilihlah makanan yang kaya serat seperti buah dan sayuran. Selain itu, berikanlah multivitamin sebagai tambahan agar dapat berpuasa dengan baik dan lebih bertenaga. Antara cadangan multivitamin yang sesuai, boleh klik di sini.

    *Dalam melatih anak berpuasa, jangan sesekali lupa untuk memeriksa kesihatan anak-anak. Contohnya, jika anak anda mengalami muntah, perut kembung, dehidrasi atau pening, jangan paksa anak anda berpuasa dan dapatkan rawatan doktor.

    *Jangan biarkan anak kita mengambil makanan pedas atau bersoda kerana ia boleh membuatkan perut kembung

    *Elakkan anak-anak mengambil makanan yang terlalu masin, mengandungi bahan perasa yang banyak kerana ia boleh menyebabkan rasa dahaga.

Semoga bermanfaat buat para ibu dan ayah semua.

Selamat menjalani ibadah berpuasa Ramadhan bersama keluarga tersayang 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge