Tazkirah

8 Checklist Yang Perlu Kita Laksanakan Ketika Tibanya Hari Raya

Pantasnya masa berlalu…

Akhirnya, Ramadhan yang datang selama sebulan bakal pergi meninggalkan kita semua. Syahdunya nak berpisah dengan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. Apa-apa pun, semoga bulan Ramadhan yang telah kita tempuh ini berjaya mendidik kita menjadi insan dan hambaNya yang lebih baik. Semoga kita akan dikurniakan rezeki untuk bertemu Ramadhan yang akan datang.

Seterusnya, mari kita menyambut kedatangan bulan Syawal dengan penuh kesyukuran bersama-sama dengan seluruh keluarga kita. Dikongsikan 8 checklist yang perlu kita laksanakan ketika tibanya hari raya :

Hari raya, Syawal

  1. Mandi sunat pagi hari raya

    “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari raya aidilfitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.” (Imam Malik)

  1. Berhias dan memakai pakaian yang indah/terbaik

    “Nabi S.A.W mempunyai satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dan hari Jumaat.” (HR Ibnu Khuzaimah)

  1. Mengucapkan ‘ Taqabbalallahu minna wa minkum’

    (Semoga Allah menerima amalan dari kami dan kamu)

  1. Makan sebelum solat sunat Aidilfitri

    Anas R.A berkata, “Rasulullah S.A.W tidak pergi ke musolla di hari raya Aidilfitri sehinggalah makan beberapa tamar.” (HR Bukhari)

  1. Bertakbir

    “Baginda keluar pada hari raya Aidilfitri, maka Baginda bertakbir (dalam perjalanan) hingga sampai di musolla, dan hingga ditunaikannya solat. Apabila Baginda telah selesai menunaikan solat, maka Baginda menghentikan takbir.” (HR Ibnu Abi Syaibah, al-Faryabi & al-Baihaqi)

  1. Mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan balik dari mengerjakan solat sunat Aidilfitri

    Jabir bin Abdullah R.A berkata : “Nabi S.A.W melalui jalan yang berbeza pada hari raya Aidilfitri.” (HR Bukhari)

  1. Puasa enam

    “Barang siapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun.” (HR Muslim)

    *Nota : Tidak boleh dilakukan pada 1 Syawal ye…

  1. Meneruskan Qiamullail

     Menghidupkan malam dengan beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T

     

    Mudah-mudahan checklist ini dapat menjadi panduan kepada kita untuk diamalkan bersama. Semoga kita dan keluarga dapat meraikan bulan Syawal dengan ruh yang baru &  penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T.

    Semoga panduan ini bermanfaat untuk dikongsikan kepada sahabat-sahabat yang lain 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge