Inspirasi & Motivasi, Kami & Shaklee, Kisah Kami

Rezeki Itu Urusan Allah

Vivix Shaklee

Allah Maha Baik :’)

Kelmarin, saya ada bercerita dengan suami mengenai seorang customer. Customer ini jumpa kami melalui google. Beliau nak beli Vitamin B-complex (gayanya nak segera). Kebetulan, ready stok kami ada yang dah habis pula, baru nak restok juga.

Saya tanya customer tu, jika boleh tunggu 2-3 hari untuk kami hantar. Tetiba senyap. Tapi saya bersangka baik je. Sebelum nak follow up semula, ada terlintas dalam hati jika beliau adalah customer yang sesuai dengan kami, permudahkanlah & jika tidak, semoga dia dah dapat beli dengan orang lain.

Lepas follow up, beliau respon yang dia dah berjaya dapat dengan orang lain. Alhamdulillah, lega rasa hati. Tak rasa kecewa pun, sebab dah memang serahkan dekat Allah. Bukan rezeki kami. Yang penting, kami happy sebab dia dah dapat vitamin tu. 😊

Diringkaskan cerita, pada hari yang sama, sebelum nak tidur malam, Allah hadirkan pula seorang insan nak beli Vivix yang mana nilainya berkali-kali ganda daripada vitamin yang tadi tu. Allahuakhbar! syukur atas rezeki Allah :’)

Betul la kan, rezeki ini bukan urusan kita. Yang penting, sejauh mana kita bersangka baik & yakin dengan Pemberi Rezeki kita. Jika itu bukan rezeki kita, bersangka baiklah, pasti Allah nak beri rezeki yang lebih baik buat kita. 😊

Sekadar berkongsi, bukan niat untuk menunjuk tapi sebagai inspirasi bersama & peringatan buat diri sendiri.

 

With love,

Azean

013-9415831

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge