Tazkirah

BAGAIMANA KITA BERSIAP SEDIA UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK?

bulan puasa, ramadhan, doa puasa, puasa ramadhan

Ramadhan al-Mubarak bakal tiba tidak lama lagi. Bagaimanakah persediaan kita untuk bertemu dengan tetamu yang sangat ditunggu-tunggu ini?

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak :

1) BERTAUBAT kepada Allah dengan bersungguh-sungguh di atas dosa dan maksiat yang pernah dilakukan.

2) BERDOA agar Allah sampaikan kita ke dalam bulan Ramadhan dan dikurniakan kesihatan serta kekuatan untuk beribadah dengan sebaik-baiknya.

3) MERANCANG program dan aktiviti ibadah untuk memanfaatkan peluang menambah pahala sepanjang bulan Ramadhan.

4) MENGHENTIKAN segala bentuk perbalahan dan permusuhan dengan sesiapa sahaja.

5) MEMPERBANYAKKAN amalan sunat dan ketaatan kepada Allah seperti puasa sunat, berqiyamullail, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya.

6) MELANGSAIKAN HUTANG PUASA dan fidyah Ramadhan yang lalu.

7) MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN ILMU tentang hukum hakam dan kelebihan bulan Ramadhan dan pelbagai ibadah di dalamnya.

8) MEMPERINGATKAN diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan tentang ketibaan bulan Ramadhan.

9) MEMBELI dan MEMBACA buku-buku yang berkaitan dengan ibadah puasa dan kelebihan bulan Ramadhan serta menghadiahkannya kepada masjid, surau dan rakan-rakan.

10) GEMBIRA dan rasa seronok dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Mudah-mudahan, niat dan kesungguhan untuk bertemu dengan Ramadhan al-Mubarak akan dikurniakan ganjaran di sisi Allah Taala serta mendapat taufiq daripada-Nya untuk melaksanakan ibadah yang terbaik apabila tiba waktunya nanti.

“Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk mempersiapkan diri sebaik mungkin sebelum tibanya bulan Ramadhan yang mulia.”

A’AmM,
Jumaat, 15 Sya’ban 1438H – 12 Mei 2017

(Sumber : Perkongsian dalam group whatsapp)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge