Inspirasi & Motivasi

Patutkah Kita Persoalkan Urusan Allah


Tiba-tiba saya teringat perjalanan hidup ini. Saya terfikir sejenak. Adakala banyak persoalan dan pemikiran segelintir masyarakat yang perlu ditempuhi dengan berhikmah. 😊

Antara contoh situasinya :

Bilamana dah habis belajar, ada yang bertanya : “Bila nak kerja?”

Bilamana dah terurus kerja, ada yang bertanya : “Bila nak kahwin?”

Bilamana dah hampir setahun kahwin, ada yang bertanya : “Bila nak ada anak ni?”

Bilamana dah ada anak pertama, ada yang bertanya : “Bila nak ada anak kedua?”

Bilamana dah ada anak semua perempuan, ada yang bertanya : “Bila nak ada anak lelaki pula?”

Dan seterusnya…

Pendapat saya, tak salah jika bertanya sebab itu menunjukkan rasa perhatin dan mengambil berat antara sesama insan.

Cuma janganlah bertanya itu hingga ada unsur menyindir hingga boleh mengguris perasaan. Lebih baik berikan ungkapan yang positif dan kata-kata penguat semangat.

Sebab kita sendiri mungkin tak tahu yang betapa seseorang itu ada perjuangan hidup yang tersendiri. Mungkin mereka dah sehabis baik berusaha dan setiap saat memanjatkan doa. Bahkan kita semua tahu, jawapan yang pasti hanyalah daripada Allah.

Saya mohon maaf andai ada yang terasa. Saya sendiri tak terlepas daripada melakukan silap. Hanya sekadar pandangan saya. Semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik.

Akhir sekali, saya nak kongsikan ayat-ayat yang saya dapat dalam minggu ini. Sangat menguatkan jiwa :

🌸Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar.

🌸Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan yang baik. Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia.

🌸Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan.

🌸Jika tiada rezeki mendapat pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga, maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya.

🌸Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang, maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

🌸Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lain pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak terjangka.

♥Bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa dan bertawakal.

♥Mari menumbuhkan segala keyakinan dan membuang segala persepsi melemahkan!

***

Semoga kita sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T. Utamakan pandangan Allah berbanding pandangan manusia.

Boleh share jika bermanfaat. 😋

#Allah Lebih Mengetahui Yang Terbaik Buat Kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge