Kisah Kami, Tips Parenting

Bahaya Beri Gadget Kepada Anak-anak

Teringat masa saya dan suami mengikuti program parenting pada bulan Januari yang lalu. Ada satu ayat daripada penceramah ini yang memang agak menyentap jiwa.

Masa itu memang sedang persoalkan isu memberi gadget kepada anak-anak. Penceramah ini memang dah biasa berdepan dengan macam2 kes. Ada satu kes ini, ibu bapa berikan anak gadget atau smartphone, sebab kalau tak bagi nanti anak akan kacau atau ganggu mereka buat kerja.

Penceramah minta kami berfikir, adakah kita sanggup atau sampai hati boleh salahkan anak yang kacau atau ganggu nak buat kerja. Sedangkan anak yang masih kecil tak mengerti apa-apa pun lagi. Mereka adalah amanah Allah yang inginkan perhatian & kasih sayang daripada ibu bapanya. Sebelum ini, siapa yang inginkan kehadiran mereka? 😢

Apa yang sepatutnya dibuat, bukan dengan memberi gadget. Tapi banyakkan berkomunikasi dengan anak. Berikan perhatian dan masa buat anak. Dan InsyaAllah, anak akan faham tatkala kita perlu membuat kerja. Yang penting komunikasi, cakap & terangkan kepada anak dengan berhikmah. Ada banyak cara yang lebih baik selain dengan memberi gadget.

Masa dengar itu, saya rasa bersalah sangat2. Dulu memang adakala terbuat juga dengan Yusuf macam tu. 😭 Apatah lagi, saya ini buat bisnes online. Memang smartphone menjadi satu keperluan kerja. Sampaikan anak pun berminat nak main gadget juga.


Alhamdulillah, syukur sangat, saya & suami dapat kembali ke pangkal jalan lepas dapat penerangan drpd penceramah tersebut. Sekarang ini, kami dah berjaya pisahkan Yusuf dengan gadget. Cuma belum dapat kawal bila ada orang sekeliling pula yang dedahkan gadget.

Kami berazam nak lebih berikan perhatian & banyakkan aktiviti bersama yang tidak melibatkan gadget. 😋

Sebenarnya, kenapa bahaya beri gadget kepada anak-anak?
Sebab ia boleh menjejaskan kesihatan otak mereka.

Ada penerangan lanjut, nanti saya share lagi ye. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge