Inspirasi & Motivasi, Kisah Kami

Muhasabah Pada Hari Terakhir Januari 2017


Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan Allah. Selamat kembali setelah bercuti beberapa hari di kampung.

Terdetik rasa syukur yang teramat sangat sebab Allah bagi peluang hidup lagi. Masih ada kesempatan untuk bertaubat dengan diri yang penuh dosa ini. 😢

Sepanjang cuti beberapa hari ini, sangat banyak berita tentang kematian. Ada yang asbab lemas di kala banjir, ada yang lemas di kala mandi pantai, ada yang terlibat dengan kemalangan jalan raya dan pelbagai lagi.

Sungguh kematian itu sangat dekat. Mungkin ketika tidur pun, nyawa boleh diambil. Kekadang begitu leka sangat dengan kehidupan dunia. Seolah-olah akan hidup selamanya di dunia ini. Padahal, dunia ini sementara sahaja, umpama tempat persinggahan seperti RnR je.

Hakikatnya, kita adalah musafir yang sedang dalam perjalanan menuju destinasi Akhirat, tempat kita yang sebenar kekal abadi. Yang pasti, semua yang bernyawa akan mati termasuklah kita.

Masanya akan tiba. Bila tarikhnya? itu bukan persoalannya. Yang utama, bagaimana persediaan kita. Semoga Allah sentiasa tunjukkan jalan yang lurus kepada saya dan semua untuk menjadi hambaNya yang sentiasa taat dengan segala perintahNya pada setiap masa :’)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge