Info Kesihatan

Maksud Sebenar Detox Yang Mesti Kita Tahu


Ramai bila sebut pasal detox je, mesti terfikir sebab nak kurus. Sebenarnya, bukan macam tu. Tapi, secara ringkasnya, detox adalah bertujuan untuk membuang & membersihkan segala bahan yang tidak diperlukan oleh badan atau dikenali sebagai toksin.

Jadi, sebenarnya semua orang perlu buat detox sebab masing2 tak terlepas dengan toksin bila keadaan persekitaran sekarang yang tidak sihat dengan banyaknya berlaku pencemaran. Faktor makanan & gaya hidup yang tidak sihat juga mengundang toksin ke dalam badan.

Jika kita biarkan sahaja toksin ini dalam badan, memang boleh menyebabkan beberapa risiko.
Antaranya :

😷 Keletihan berterusan.

Rasa keletihan walaupun tidak melakukan sebarang kerja kuat termasuk bersenam menunjukkan tubuh sedang cuba menyingkirkan toksin.

😷 Berat badan bertambah.

Berat badan tetap meningkat walaupun sering bersenam menandakan terdapat toksin yang mengganggu fungsi hormon.

😷 Sembelit.

Usus berfungsi menyingkirkan toksin menerusi pembuangan air besar setiap hari tetapi fungsi ini boleh terganggu sekiranya najis tidak dapat keluar disebabkan masalah sembelit.

😷 Sakit otot.

Sakit pada bahagian otot dan sendi jejari serta kaki secara berterusan menunjukkan toksin berkumpul di kawasan terbabit.

😷 Reaksi kulit.

Jerawat, ruam, mata sembab dan ekzema adalah petanda bahawa badan sudah terlebih toksin.

***

Ikut pengalaman kami sendiri & kawan-kawan yang buat program detox selama 7 hari, Alhamdulillah dapat kesan yang sangat best. Berat badan menurun (bagi yang terlebih berat), badan lebih cergas dan kulit makin sihat.

Tapi, memang kena buat dengan disiplin & konsisten mengikut jadual sihat yang telah ditetapkan selama 7 hari itu. 😊

Nak tahu cara detox secara sihat & info menu plan program detox selama 7 hari tu, boleh hubungi kami ye. 😃

Jom amalkan gaya hidup sihat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge