Inspirasi & Motivasi, Kisah Kami, Tips Bisnes

Kenapa Saya Pilih Menjadi Surirumah Berijazah Dan Usahawan Dari Rumah


Ramai yang tanya, kenapa saya tak kerja walaupun ada ijazah. Antara sebab terbesar kerana saya ni jenis yang nak tengok anak tersayang sentiasa di depan mata.

Teringat dulu masa tamat belajar, saya adalah antara yang tak nak bekerja dalam bidang saya. Sebab jiwa saya minat yang lain. Saya minat ke arah perniagaan atau keusahawanan. Tapi, Alhamdulillah bidang Matematik Tulen yang saya belajar dapat juga dimanfaatkan dengan menjadi guru tuisyen. 😊

Selesai belajar, saya dapat rezeki mengikuti kursus keusahawanan selama 6 bulan di Kedai Bakeri. Dapat belajar ilmu kemahiran & perniagaan. Bukan senang tau nak berniaga buka kedai. Memang kena kuat & tabah. Kos kena keluar memang tinggi, beberapa tahun pertama belum tentu dapat keuntungan.

Ok, diringkaskan cerita sebab hati memang tekad nak berniaga. Tu yang macam2 pengalaman ada, pernah buka Pusat Tuisyen, Kiosk Coklat & Kiosk Nasi Lemak. Memang masing2 ada cabaran tersendiri. Disebabkan ada beberapa faktor tertentu, semuanya memang tak dapat bertahan lama. Tapi, tetap tak nak cari kerja jugak tu. Ehe. Sebab tengok situasi kawan2 sendiri pun mencabar juga nak dapatkan peluang pekerjaan.

Tu yang buat kerja sementara seperti jadi guru, kerja ofis dan lain-lain hinggalah dipertemukan dengan bisnes sekarang ini yang boleh buat secara online. Rasa best dan serasi sebab bisnes ini modal kecil je dan tiada risiko.Tapi boleh capai pendapatan yang tinggi bergantung kepada usaha masing2. 😊

Jadi, kepada semua terutama adik2 lepasan ijazah yang belum dapat rezeki pekerjaan, bolehlah mula berniaga sementara menunggu mana2 panggilan. Hidup perlu diteruskan, hutang belajar mesti dibayar, tolong elakkan menganggur ye. Nak belajar cara nak mulakan bisnes ini, meh cepat2 roger akak ok. InsyaAllah, akan dapat ilmu-ilmu yang best.

Azean 🙂
013-9415831

#bisnesdarirumah
#lifetimebusiness
#liveamazing
#shakleeEffects

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge