Tazkirah

Kelebihan Hari Jumaat


Nabi SAW bersabda maksudnya, “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi)..

Daripada Abu Hurairah, Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari Jumaat ada satu ketika yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang solat, di mana apabila dia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radliyallah ‘anhu, dia bercerita: “Abu Qasim (Rasululah) صلى الله عليه وسلم bersabda:

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

“Sesungguhnya pada hari Jumaat itu terdapat satu ketika yang tidaklah seorang hamba muslim berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada masa itu, melainkan Dia akan mengabulkannya.” Lalu baginda mengisyaratkan dengan tangannya, yang kami fahami, untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat).” (Muttafaq Alaih)

Dalam memahami mengenai penentuan waktu mustajab (makbulnya doa), para ulama berbeza pendapat, bila masa dan ketikanya ia berlaku? Ilmu tentang ketepatannya, telah ditarik ilmunya oleh Allah SWT seperti juga ilmu bagi memastikan waktu Lailatul Qadar.

Diriwayatkan, oleh Sa’id bin al-Haris, dari Abu Salamah, katanya; “Sesungguhnya Abu Hurairah menyampaikan kepada kami perilah satu waktu yang ada di hari Jumaat. ‘Beliau berkata, ‘Aku pernah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم; lalu Baginda menjawab,

“Sungguh aku dulu diberitahu tentangnya kemudian aku dijadikan lupa sebagaimana dijadikan lupa terhadap Lailatul Qadar.” (HR. Imam Ahmad)

Pendapat Para Ulama :

Ibnul Hajar dalam Fath al-Baari, menyebutkan ada 43 pendapat di antara para ulama mengenai suatu waktu yang terdapat pada hari Jumaat itu.

Beliau berkata, “Tidak diragukan lagi bahawa pendapat yang paling rajih (kuat) adalah hadis Abu Musa dan hadis Abdullah bin Salam… Namun para ulama salaf masih berbeza pendapat manakah dari keduanya yang lebih rajih.”

Seterusnya Ibnul Hajar menjelaskan, majoriti ulama seperti Imam Ahmad dan lain-lain, mentarjih bahawa waktu tersebut terdapat pada waktu akhir hari Jumaat.

Di akhir ucapannya, Ibnul Hajar cenderung kepada pendapat Ibnul Qayim, iaitu pengabulan doa itu diharapkan juga pada ketika melakukan solat. Sehingga kedua waktu tersebut merupakan waktu ijabah (pengabulan) doa, meskipun saat yang khusus itu ada di hujung hari selepas solat solat Asar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge