Kami & Memanah, Kisah Kami

Kelas Memanah Untuk Seisi Keluarga


Bestnya la jika dapat riadah memanah di kampung lagi macam ni. Ini gambar lama, beberapa bulan lepas. Untuk hari ini, kami makan kacang dalam rumah je. Hujan tadi. 😚

Lagi pun set alatan memanah tak bawa. Sebabnya, coach kami yang berbaju merah tu ada kursus di Selangor. Jadi, kali ini kami plan aktiviti lain la. 😋

Oh ye, untuk aktiviti yang ini kan, kami tak bawa target. Jadi, usah la pelik ye, kenapa sepupu kami memanah menghala ke arah pokok pisang tu. Sian pokok terpaksa jadi target. 😂

Yang si Yusuf tu pulak, terlebih excited, boleh dia tanggalkan selipar. Seronok agaknya berkaki ayam. Takpelah, memang bagus sekali sekala ye. Oklah, saja je nak mengimbau kenangan lalu. Sekarang, nak pi bersiap2 apa yang patut. Lapar dah juga perut.

Nak katanya, selain amalkan vitamin untuk kesihatan, pastikan aktiviti senaman & riadah berjalan dengan seiring ok. Yang berminat nak belajar memanah tu, mai contact je kami ye. InsyaAllah, kami usaha ajar sebaiknya. 😊

Nota : Gambar ayah & anak perempuannya sedang belajar memanah. Sweet je tengok. 😘

#AbuYusufArchery

~Catatan petang Sabtu, 28 Januari 2017~

  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge