Kisah Kami, Tips Parenting

Ibu Bapa Adalah Guru Terbaik Kepada Anak-anak

Semalam terjumpa gambar Yusuf masa baby.
Tunjuk dengan suami dan kami sembang2 bersama. Memang tembam sungguh dia ketika itu. 😍

Sekarang, memang dah slim & makin handsome. Sekali datang mood senyum dia. Alahai, boleh buat hati abi & ummi ‘cair’ tau.

Malam tadi, buat pertama kalinya sejak dia lahir ke dunia, dia tak tidur sebelah umminya. Pagi tadi, tanya dia : “malam tadi Yusuf tidur dengan siapa?”. Dia jawab : “tidur dengan nenek”.

Betapa pantasnya masa berjalan. Sedar tak sedar, anak yang Allah amanahkan buat kami ini dah semakin besar.

Masa kami ada program ilmu ‘parenting’ pada hari Ahad baru ini, dapat lagi ilmu & kesedaran bahawa peranan & tanggungjawab sebagai ibu bapa sangatlah besar. Anak-anak memang akan belajar daripada ibu bapanya sendiri. Anak-anak akan terbentuk melalui hasil didikan ibu bapanya. Terutama sekali ketika waktu emas dalam tempoh umur anak antara 1 hingga 7 tahun. Maka, amat pentinglah selaku ibu bapa untuk jadi suri teladan yang terbaik buat anak2 tersayang.

Ini antara apa yang kami dapat. Tapi, memang banyak lagi ilmu dan kemahiran yang perlu ada. Sungguh, kami pun bukan sempurna dan sememangnya tidak akan jadi sempurna. Tapi, kami berazam untuk terus menambah ilmu dan berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak2 kami. Yang penting Allah melihat usaha :’)

Dan satu lagi yang paling penting adalah DOA. Mohonlah doa kepada Allah. Sebab kita ini memang lemah. Jadi, apa sahaja usaha, sandarkanlah pergantungan kepada Allah. InsyaAllah, pasti Allah akan tunjukkan jalan dan membantu kita. Yakinlah.

Ok, coretan ini memang untuk muhasabah buat diri kami sendiri sebenarnya. Menulis teori memang nampak mudah. Tapi hakikatnya, untuk dipraktikkan secara realiti tu yang mesti diusahakan. Doakanlah kami ye. Ahad ini, kami akan mengikuti program ilmu ‘parenting’ lagi. Semoga Allah permudahkan segalanya. 😊

Nota : Bawah ini, gambar lama Yusuf masa zaman tembam. Lain sangat dah mukanya dengan yang sekarang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge