Tips Parenting

Doa-doa Di Dalam Al-Quran Buat Anak-anak Kita


MASA HADAPAN ZURIAT KITA – KEGIGIHAN IBUBAPA

Dalam kesibukan kita berkerjaya, berniaga atau berpolitik, jangan sama sekali mengabaikan masa hadapan anak-anak keturunan kita.

Pastikan mereka masuk ke dalam PERJALANAN MENUJU KE SYURGA. Jangan biarkan mereka jauh dan semakin jauh.

Jangan lupa doa-doa di dalam Al Quran yang pernah kita dengar dan malah kita pernah dan masih berdoa dengannya.

1. DOA NABI ZAKARIA A.S

Biasanya sebelum berkahwin lagi kita telah membayangkan keturunan yang baik-baik seperti doa Nabi Allah yang mulia Nabi Zakaria a.s ini.

‎هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria a.s berdoa kepada Tuhannya, katanya:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu ZURIAT KETURUNAN yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. (Ali Imran 38)

2. DOA AGAR SEJUK MATA MEMANDANG ISTERI & ANAK-ANAK (KELUARGA)

Selepas berumahtangga, ramai yang mula berharap agar sentiasa tenang dan bahagia bersama pasangan dan anak-anak, walaupun letih dan penat ketika si ketua keluarga membesarkan, mendidik dan memimpin mereka.

‎وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan ZURIAT KETURUNAN kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (al-Furqan 74)

3. MENDIDIK MEREKA AGAR MENDIRIKAN SOLAT

Urusan membesarkan mereka diteruskan. Berusaha memastikan mereka mengenal Tuhan dan Pencipta sentiasa berterusan. Mendirikan solat dan menjadi anak yang Solih dan Muslih (baik dan ajak orang lain jadi baik) menjadi cita-cita.

Doa Nabi Ibrahim a.s dan nasihat Lokman al Hakim basah di bibir mereka.

‎رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” (S Ibrahim 40)

‎يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah SOLAT, dan suruhlah BERBUAT KEBAIKAN, serta LARANGLAH daripada melakukan PERBUATAN YANG MUNGKAR, dan BERSABARLAH atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya” (Surah Lokman 17)

4. MENJANGKAU USIA 40, KEBIMBANGAN MASA HADAPAN ANAK-ANAK SEMAKIN KETARA

Ramai ibubapa yang prihatin, semakin bimbang masa hadapan anak-anak mereka bila mereka sendiri mula masuk sempadan usia warga emas. Bimbang masa hadapan anak-anak ketika mereka kecil berlainan semasa mereka masuk ke alam dewasa.

Mereka berdoa sebagaimana DOA Nabi Sulaiman a.s dan kisah Saiyidina Abu Bakar r.a.

‎حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata:

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; DAN JADIKANLAH SIFAT-SIFAT KEBAIKAN MERESAP MASUK KE DALAM JIWA ZURIAT KETURUNANKU. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”(al-Ahqaf 15)

5. MEMBURU JANJI ALLAH S.W.T

Akhirnya selepas BERDOA, BERUSAHA dan terus BERDOA diiringi dengan titisan air mata, mereka mengharapkan satu kehidupan MANIS dan BAHAGIA selepas semuanya dibangkitkan kembali nanti.

‎وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh ZURIAT KETURUNANNYA dengan keadaan BERIMAN, Kami HUBUNGANKAN (himpunkan) ZURIAT KETURUNANNYA itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.”
(At-Tuur 52:21)

Semoga terus memuliakan anak-anak dengan sentiasa membimbing dan mendoakan mereka.

https://www.facebook.com/ustazhasanuddin/posts/1047583205364281

HASANUDDIN MOHD YUNUS
SHARIFAH MAHIZA SYED ABD QADIR AL-QADRI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge