Kami & Shaklee, Kisah Kami

Antara Kenangan Manis Pada Tahun 2016

Baru-baru ini, saya & suami borak2 la perihal kawan2 yang jadi agen satu produk skincare ini. Memang ramai yang join. Antaranya kawan2 terdekat yang memang dalam lingkungan kami sendiri.

Dalam sembang2 tu, tetiba terdiam sekejap. Tak pastilah suami fikir apa masa tu. Yang pasti lepas tu, kami putuskan bersama untuk sokong kawan2 kami itu walaupun kami tak jadi agen pun seperti mereka. Sebab kami tetap setia untuk jadi agen Shaklee.

Dalam Shaklee ini, bukan sekadar ada produk skincare, tapi ada produk pelengkap nutrisi untuk kesihatan seluruh badan dan ada juga produk untuk kelengkapan & kegunaan rumah. Memang kira dah lengkap sangat. Yang best lagi, semua peringkat boleh dibantu. Drpd kanak-kanak, dewasa dan warga emas. 😊

Bila kami mula ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat, semakin hari semakin dapat kesan yang positif. Alhamdulillah sangat :’) Dan paling tak sangka, orang lain pun mula perasan dengan perubahan kami. Bertambah semangatlah nak bantu orang lain juga.

Bukan apa, kesihatan ini adalah nikmat Allah. Mesti hargai dan dijaga dengan sebaiknya. Tidak lain tak bukan, supaya kita mudah nak beribadah, nak bekerja dan bersemangat nak tunaikan segala amanah yang Allah beri.

Oklah, panjang pula ye saya berceloteh di kala hujan2 yang sejuk ini. Gambar bawah ini antara mesej kawan2 kami. Siapa yang kenal suami saya, memang badan dia dulu besar dan obesiti. Tapi, sekarang dah kembali normal. Jadi, pastikan amalkan ‘healthy lifestyle’ ok. Bila badan dan sel-sel dalaman sihat, memang akan jelas terpancar sihat dan cantik di luaran juga.

Nota : Paling utama, mesti bersihkan dan sihatkan hati kita ye. Bilamana hati sihat, maka sihatlah seluruh jasad. 💖

With love,
Azean & suami
013.941.5831
Pengguna & Pengedar Shaklee. 😊

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge