Inspirasi & Motivasi, Tazkirah

14 Kategori Manusia Terbaik

*من هم خيرُ الناس ؟*
Siapakah yang terbaik dari kalangan manusia?
*الخيرية في الاسلام*:
إقرأ الأحاديث النبوية الصحيحة التالية لتدرك أن خير الناس هم :

Islam mempunyai neraca tersendiri dalam menilai orang yang terbaik dari kalangan manusia.


Renungi hadis-hadis sahih berikut untuk mengetahui siapakah orang yang terbaik dari kalangan manusia!

١- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم* : *”خيركم من تعلم القرآن وعلمه”*. صحيح البخاري 5027
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya”. Sahih al-Bukhari 5027

٢- *”خياركم أحاسنكم أخلاقا”*. صحيح البخاري6035
“Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik akhlaknya”. Sahih al-Bukhari 6035

٣- *”خيركم أحسنكم قضاء”*. عند رد القرض.صحيح البخاري رقم 2305
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang menunaikan hutangnya dengan cara terbaik”. Sahih al-Bukhari 2305

*٤- “خيركم من يُرجى خيره ويُؤمٓن شره”*.صحيح الترمذي 2263 صحيح.
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang (menaburkan kebaikan sehingga manusia sentiasa) mengharakan kebaikannya, dan (yang menjauhi kejahatan sehingga manusia) aman dari kejahatannya.” Sahih at-Tirmizi, statuas sahih.

*٥- “خيركم خيركم لأهله”*. صحيح ابن حبان 4177 صحيح
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya”. Sahih Ibn Hibban 4177 status sahih

*٦- “…فخياركم في الجاهلية خياركم في الإسلام إذا فقهوا”*. صحيح البخاري 3374
“Orang yang terbaik dari kalangan kamu semasa jahiliah itulah yang terbaik semasa Islam apabila dia memahami Islam dengan mendalam”. Sahih al-Bukhari 3374

*٧- “خيركم من أطعم الطعام، وردَّ السلام”*. صحيح الجامع 3318 حسن.
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang memberi makan dan menjawab salam”. Sahih al-Jame’ 3318 status hasan

*٨- “خياركم ألينُكم مناكب في الصلاة”*. الترغيب والترهيب 234/1اسناده حسن أي: يفسح لمن يدخل في الصف.
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling lembut bahunya ketika solat.” At-Targhib wa At-Tarhib 1/234, isnadnya hasan. Paling lembut bahu bermaksud membuka ruang kepada orang lain untuk memasuk saf

*٩- ” خياركم الذين إذا رُؤوا ذُكِرَ اللهُ “*.صحيح الترغيب للألباني 2824 حسن لغيره.
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang apabila dilihat kepadanya, membuatkan (orang yang melihatnya itu) ingat kepada Allah.” Sahih at-Targhib, al-Albani 2824, status hasan lighairih

*١٠- “خير الناس من طال عمره وحسن عمله”.*صحيح الجامع 3297صحيح.
“Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik amalannya”. Sahih al-Jame’ 3297, status sahih

*١١- “خير الناس أنفعهم للناس”.*صحيح الجامع 3289حسن.
“Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat kepada manusia” Sahih al-Jame’, status sahih

*١٢- “خير الناس في الفتن رجل أخذ بعنان فرسه خلف أعداء الله ، يخيفهم ويخيفونه أو رجل معتزل في بادية يؤدي حق الله الذي عليه”.*صحيح الجامع 3292صحيح.
“Sebaik-baik manusia ketika berlaku fitnah ialah orang yang memegang tali kudanya mengejar musuh-musuh Allah, dia menakut mereka dan mereka menakutkannya. Atau orang yang beruzlah di pedalaman menunaikan hak Allah ke atasnya” Sahih al-Jame’ 3292, status hasan

*١٣- “خير الأصحاب عند الله خيركم لصاحبه ، وخير الجيران عند الله خيركم لجاره “.* صحيح الأدب المفرد84صحيح. والسلسلة الصحيحة للألباني كذلك.
“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah yang paling baik terhadap sahabatnya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah yang paling baik terhadap jirannya.” Sahih al-Adab al-Mufrad 84, status sahih. Dan Silsilah Sahihah, al-Albani status sahih juga

*١٤-“خير النَّاس ذو القلب المَخْمُوم، واللِّسان الصَّادق*
*قيل: ما القلب المَخْمُوم؟*
*قال:هو التَّقي النَّقي
الذي لا إثم فيه ولا بَغْي ولا حسد،قيل: فمٓن على أَثَرِه؟
قال: الذي يَشْنَأُ الدُّنيا، ويحبُّ الآخرة.
قيل: فمن على أَثَرِه؟
قال: مؤمنٌ في خُلِقٍ حسن. صحيح الجامع 32911 صحيح
“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memiliki hati yang makhmum dan lisan yang benar (sentiasa bercakap benar)”.
Baginda ditanya, “Apakah maksud hati yang makhmum?”
Baginda s.a.w. menjawab: “Hati yang bertaqwa lagi bersih, tidak ada dosa padanya, tidak ada kezaliman dan tidak ada hasad.”
Baginda ditanya lagi, “Maka siapakah selepas mereka?”
Baginda menjawab: “Orang yang tidak terpaut kepada dunia dan cintakan akhirat.”
Baginda ditanya lagi, “Maka siapakah selepas mereka?”
Baginda menjawab: “Mukmin yang berakhlak mulia”. Sahih al-Jame’ 32911, status sahih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge