Umum

Resepi Cheezy Ball Homemade


Bahan-bahan :

5 biji kentang
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
Garam
Lada sulah
Cheese ( Mozarella/Cheddar/slice cheese…tak kisah apa2 jenama pun…ehe )
Telur
Serbuk roti

Cara-cara :

1) Kupas kulit kentang, potong, basuh…kemudian rebus kentang sampai empuk.

2) lenyekkan kentang tadi dalam satu bekas bersama sedikit garam & lada sulah.

3) masukkan tepung dan minyak.

4) ulikan hingga sebati, kalo masih melekat boleh tambah sikit2 tepung sampailah adunan jadi ok, tak melekat dan boleh dibentuk.

5) potong cheese kecil2 utk dijadikan inti ( agak2 ye saiznya supaya elok je terletak kat tengah2 ), kalo cheese lebih..mmg lg sedap..ehehe

6) ambik sikit adunan tadi dan bentukkan jadi bulat (agak2 sendiri ye nak saiz besar mana).

7) leperkan dan masukkan cheese sebagai inti, kemudian bulatkan semula.

8) pastikan ada 1 bekas utk telur (letak sikit garam & lada sulah) dan 1 bekas utk serbuk roti.

9) Dah siap bulatkan, golekkan dengan telur, kemudian golekkan pula dgn serbuk roti hingga rata.

10) Siap, boleh goreng dgn minyak yg betul2 panas dan api yg tidak terlalu besar supaya tak hangit..goreng hingga kekuningan.

* Jika nak simpan untuk frozen pun boleh, bila nak makan..barulah goreng 🙂

Selamat mencuba 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge