Umum

Ujian Adalah Untuk Menguatkan Bukan Untuk Melemahkan

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah, masih boleh bernafas lagi pada pagi ini. 😊

Saya paling suka hari ini iaitu hari Jumaat. Terasa sangat tenang. Hari yang penuh dengan keberkatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan buat hari ini. Mudah-mudahan hari ini adalah yang lebih baik drpd semalam.

Kita sebagai manusia pasti akan diuji. Mungkin setiap hari akan ada ujian yang berbeza-beza dalam kehidupan seharian atau pun dalam urusan kerja & bisnes kita. Apa2pun, kita mesti sentiasa positif & bersabar dengan segala ujian. Seperti saya, suami selalu pesan tanpa jemu, antaranya : “Ujian ini bukan untuk melemahkan kita, tapi untuk menguatkan kita”.
Ok, apa lagi terus terbakar semangat, mesti move on.

Jadi, walau apapun ujian yang datang, hadapinya dengan tenang, positif, semangat yg kuat & tidak sesekali berputus asa. Sebab :
‘Orang berjaya itu bukanlah yang tidak pernah gagal, tapi yang terus bangun semula setiap kali gagal’. 💪😊

Jom jadi mukmin yang berjaya di dunia & akhirat.

www.azeanmusa.com

#motivasiJumaat #AsSaffworks #TheBestOne #tsunamishaklee #liveamazing #shakleeeffects

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge