Umum

Rezeki Kita Bukan Daripada Kerjaya Dan Majikan


Pantasnya masa berlalu, rupanya dah nak hampir 3 tahun menjadi surirumah sepenuh masa. Jika dikenang semula, ada beberapa pekerjaan yang pernah saya buat, antaranya jadi guru, jadi jurujual dan menjadi staf di pejabat.

Tapi, dalam bisnes pula, sebenarnya saya bermula dengan bisnes offline. Saya ada buka kedai atau kiosk coklat. Kemudian, buka kiosk nasi lemak kukus ayam berempah pula. Bila dah jadi surirumah ini, baru saya fokus bisnes dari rumah secara online dan ada juga offline.

Pengalaman dalam berniaga ini memang ada beza. Kalau dulu, boleh dapat jumpa & lihat customer secara langsung. Sebab customer datang dan masuk ke kedai untuk membeli. Tapi sekarang, majoriti jumpa & bercerita dengan customer di alam maya je. Saya masih ingat lagi buat pertama kalinya, ada orang ‘pm’, beliau bertanyakan tentang set vitamin untuk kurus.

Masa itu, memang happy tak terkata. Yelah, masa tu baru je mula belajar bisnes online. Dapat pulak customer pertama, memang seronok sangat. Teruja dan memang bersemangat cerita dan tunjuk dengan suami. Alhamdulillah, memang customer itu akhirnya terus daftar sebagai ahli dengan kami. 😊

Tapi, ada satu point penting dalam berniaga ini. Tidak kira secara offline atau online, kekadang memang kita dah buat sempurna semua marketing seperti pasang banner, edar flyers, post iklan kat fb, blog, ig dan pelbagai lagi usaha marketing lain. Tapi, customer tidak semestinya datang tau. Di situlah, bestnya bila berniaga ini, bukan sekadar nak menjual tapi dapat mendidik hati & jiwa kita untuk betul2 yakin yang rezeki HANYA drpd ALLAH S.W.T. bukan semata-mata drpd usaha kita.


Jadi, bagi yang belum pernah berniaga. Cubalah berniaga apa2 sahaja walaupun memang dah kaya. Sebab nilai & proses dalam mendidik hati & diri itu yang amat berharga. Kerjaya Rasulullah S.A.W. pun adalah sebagai usahawan. Jadi, mudah-mudahan asbab kita berniaga ini, kita dapat menjadi hambaNYA yang semakin baik.

All The Best Buat Semua Sahabat Yang Berniaga!
Semoga Kita Dapat Menjadi Jutawan Bertaqwa Berjaya Di Dunia & Akhirat. 😘

Norazean Musa
Founder AsSaffworks
013-9415831

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge