Umum

Pesanan Luqman Kepada Anaknya Dalam Al-Quran

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”
[Surah Luqman ayat 17]

Melalui lidah Luqman al-Hakim, Allah menghendaki kita laksanakan solat, serulah kpd kebaikan dan cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas apa yg menimpa kita.

Makruf merangkumi semua yg baik yang diakui syariat drp sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. Mungkar pula merangkumi apa shj perkara yg tidak elok pada mata syariat.

Persoalannya, sudah berapa kali kita sengaja mengabaikan hal ini sepanjang hidup kita???

Disebut dlm Jami’ al-Ulum wal Hikam: “Janganlah kamu membuatkan doa lambat dimakbulkan kerana jalannya boleh tersekat-sekat disebabkan maksiat-maksiat”

Berkata Sayidina Umar al-Khattab dlm al-‘Uqubat: “Kota2 akan pasti runtuh walaupun sedang membangun! Iaitu apabila golongan fajirnya (jahatnya) lebih menonjol berbanding orang baik2 dan apabila golongan munafik memegang kepimpinan”

Allah akan musnahkan sesebuah negara dan umatnya apabila mereka membiarkan kemungkaran dan kejahatan berleluasa dan orang2 zalim berkuasa tanpa melarang dan berusaha menyekat serta membetulkan keadaan.

Berkata Ibnu Abbas r.a dlm Tafsir Ibnu Kathir: “Allah memerintahkan orang beriman utk tidak membiarkan kemungkaran berlaku dlm kalangan mereka, jika tidak, azab menimpa mereka semua”

Kita perlu melaksanakan amar makruf nahi mungkar sbg arahan Allah SWT Samada manusia menerima atau menolak itu bukan alasan utk kita menghentikan kerja amar makruf nahi mungkar.

Berkata Sufyan as-Tsauri:

“Adakah seseorang wajib mengajak seseorang melakukan kebaikan walaupun sudah tahu awal2 bahawa orang itu tidak akan menerima nasihatnya?”. “Ya, semoga hal itu menjadi alasannya di hadapan Allah swt kelak”

Ingatlah, antara keperluan pada waktu ini disamping solat dan zikir ialah sampaikan islam, tafaqquh (memahami agama), islah dan dakwah, amar makruf nahi mungkar, bantu membantu dan berjuang menghapuskan kezaliman dan kemungkaran.

Buat peringatan dan muhasabah untuk kita bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge