Umum

Kenapa Anak Kita Mesti Ambil Vitamin C Yang Optimum?

Sesetengah orang kata, kanak-kanak tak perlu suplemen sebab badan mereka masih muda, masih segar. Biar mereka dapat vitamin dari sumber asli.
Ini betul!
Tapi cuba masing-masing ‘check’ pemakanan anak masing-masing…

Sehari berapa hidangan buah-buahan mereka makan?
Buah itu pula, buah tanam sendiri ke atau beli?
Kalau beli, dari petani sebelah rumah ke atau import overseas?

Buah-buahan ini, zat yang dibekalkan itu benar-benar bagus apabila kita makan semasa ia sedang ranum & baru dipetik.
Buah yang dijual di kedai itu kebanyakannya dipetik ketika masih muda…diperam…diawet…dipacking…barulah sampai ke kita.
Agak-agak apa yang masih tinggal dalam buah itu?
Berapa peratus zat yang tinggal?

Selepas itu, adakah anak-anak ini pasti yang setiap hidangan mereka lengkap dengan segala vitamin, mineral, makronutrien, phytonutrien, dan sebagainya?
Sedangkan semasa fasa membesar ini, mereka perlukan zat yang optimum bukan sahaja untuk membesar tetapi untuk perkembangan minda.

Daripada persoalan-persoalan di atas, menjelaskan kepada kita bahawa kanak-kanak juga sangat perlukan vitamin sebagai pelengkap nutrisi buat mereka.

Kenapa Vitamin C :

⭐Vitamin C membina otot yang sihat. Anak-anak sememangnya dalam fasa yang aktif & sedang membina otot-otot mereka. Otot yang sihat, membina metabolisma yang sihat serta pembakaran lemak yang lebih baik. 

⭐Vitamin C meningkatkan imuniti tubuh. Anak-anak kita yang sedang aktif, mungkin terdedah dengan pelbagai keadaan. Jadi, mereka perlukan kekebalan tubuh supaya tidak mudah diserang sakit terutama demam atau selesema. ( Bila anak kita asyik sakit, kita sebagai ibunya mesti susah hati, ye tak? ) 

⭐Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kanak-kanak perlukan zat besi yang cukup untuk membesar. Tanpa vitamin C, zat besi tidak boleh diserap. 

⭐Vitamin C membina kolagen. Tubuh kita ini boleh buat kolagen sendiri tetapi keupayaan ini semakin menurun apabila usia kita meningkat. Sebab itu, kita dapat lihat sewaktu kanak-kanak kulitnya tegang dan bila telah tua akan berkedut. Itu bermakna, kolagen telah tidak dihasilkan. 

⭐Vitamin C penting untuk penyembuhan. Bilamana, anak-anak kita terluka akibat jatuh atau lain-lain, kita mesti ingin mereka segera untuk sembuh supaya mereka dapat bermain semula dengan baik. 

Buat pengetahuan semua, contoh makhluk yang boleh menghasilkan Vitamin C sendiri adalah arnab. Akan tetapi, kita dan anak-anak kita sebagai manusia, amat berbeza dengan arnab kerana kita semua tidak boleh menghasilkan Vitamin C sendiri.
Maka, sangat jelas yang kita memang tiada pilihan melainkan kita perlu bekalkan anak-anak kita dengan Vitamin C yang optimum.

Akhir kata, inilah pelaburan terbaik buat anak-anak kesayangan kita, yang pasti tidak akan merugikan sama sekali, bahkan sangat membantu mereka mendapatkan kesihatan yang optimum.
Bagi sebarang pertanyaan atau ingin dapatkan Vitamin C buat anak-anak tersayang, bolehlah hubungi saya pada bila-bila masa sahaja. InsyaAllah, saya akan usaha bantu dengan sebaiknya.

Semoga bermanfaat 🙂

Salam Sayang…

Norazean Musa (Shaklee ID : 997702)
No hp : 013-9415831

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge