Umum

Doa Untuk Anak-anak Yang Menduduki Peperiksaan

BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT KERANA HANYA ALLAH SWT SAHAJA YG MAHA BERKUASA .

1. Surah Al-Ahzab  Ayat 3:

وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

2. Surah Al-Baqarah  Ayat 107:

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

“Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. “

3. Surah Al-Baqarah  Ayat 152:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

4. Surah Al-Baqarah  Ayat 153:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”.

=================================

“Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Mudahkan urusan anak2 kami ini pada hari ini dan hari2 seterusnya sehingga selesai peperiksaan.”

 “Kurniakan mereka kesihatan baik yg berterusan, selamatkan perjlnan mereka ke dewan peperiksaan, lindungi dari halangan dan rintangan.”

“Ya Allah, mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yg mereka lupa dan bantu mereka utk menjawab soalan dgn tepat dan betul.”

“Ya Allah kurniakanlah kepada mereka keputusan yang cemerlang”

“Ya Allah.. tiada daya dan upaya melainkan dgn pertolongan mu semata2. Terimalah doa kami dan makbulkanlah permohonan kami.:

Amiin Ya Allah Amiin Ya Rabbal Alamin..

امين امين امين يارب العالمين

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge