Umum

Di Sebalik Nama Yusuf

Alkisahnya, waktu Yusuf kecil, memang ramai tau yang tegur dan ingatkan Yusuf ini baby girl. Kami pun tak pasti la kenapa, mungkinkah sebab bulu matanya itu atau mulutnya yang kecil & comel tu. Segala Puji Hanya Bagi Allah Yang Menciptakan.


Foto : Masa Yusuf baru pandai jalan, Yusuf yang sekarang di sebelah kanan itu sedang lena tidur. 😉

Ada satu hari, pergi ke suatu majlis, Yusuf pun kami dah pakaikan kopiah. Boleh pulak seorang makcik tegur, ini baby perempuan ke lelaki?. Alahai, masih lagi orang keliru rupanya. Paling tak dapat dilupa, kami ada program berkelah ramai-ramai. Ada seorang makcik tanya kami, baby nama apa? Kami pun jawab lah dengan senyum : “Yusuf”. Makcik tu nampak confius dan tanya lagi. Kami pun jawab lagi. Dia pun cakap, kenapa Yusuf, bukan ke baby perempuan. 😁

Jenuh juga nak menjawab. Tapi takpe, boleh jadi antara memori manis buat kami. Bila dah besar sikit ini, kami fikir tidak akan ada soalan itu, rupanya ada juga sesekali. Tapi, orang dah boleh percaya sebab dah terselah keaktifannya sebagai kanak-kanak lelaki. 😊

Memang panjang nak cerita kisah Yusuf ini. Nantilah sambung lagi ye. Yang pasti, kami happy & bahagia bila Yusuf dapat membesar dengan sihat & cergas. Alhamdulillah, dalam tempoh hampir nak masuk usia 3 tahun ini, Yusuf jarang demam & tidak pernah sampai kena tahan di wad. Syukur sangat2.

Segalanya dengan izin Allah, antara ikhtiar untuk buah hati Yusuf, kami usaha untuk konsisten bekalkan beberapa vitamin sebagai pelengkap nutrisi & kuatkan sistem pertahanan badannya. Antaranya,

♥Mealshakes & Vitalea For Children :
-membantu melengkapkan segala nutrien & vitamin yang diperlukan dalam badan.

♥Chewable Vitamin C :
-membantu tingkatkan sistem imun & pertahanan badan.

♥Omega Guard :
-membantu dalam perkembangan minda & bantu untuk lebih fokus dalam pembelajaran.

***

Kami pun tak pasti berapa lama masa yang Allah pinjamkan Yusuf buat kami. Mungkin lama, mungkin juga sekejap. Boleh jadi, Allah jemput kami dulu ataupun jemput Yusuf dulu. Apa yang pasti, masa yang ada sekarang, kami akan usaha sebaiknya untuk tunaikan segala hak-haknya termasuklah kesihatan.

Hargailah amanah Allah, berikanlah yang terbaik buat mereka. 💜

Coretan UmmuYusuf
@ AzeanMusa 🙂
013-9415831

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge