Umum

Resepi Puding Roti Homemade

Resepi puding roti ini memang sangat mudah dan bahan-bahannya pun simple je. Saya dapat resepi ini daripada blog juga tapi saya olah sikit mengikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan:

-7 keping roti
-1 tin susu cair
-Butter (Kalau tiada, marjerin/planta pun boleh)
-3 sudu besar gula (tak suka manis, boleh kurangkan)
-2 biji telur
-Sedikit esen vanilla
-Kismis/coklat cip (nak letak keduanya pun boleh)

Cara-cara:

1) Setiap roti potongkan kepada 4 bahagian dan sapukan dengan butter atau marjerin/planta. (Nak sapu dulu kemudian baru potong 4 pun boleh. Mana2 je, tak kisah 🙂

2) Susun roti tersebut di kuali non stick atau pemanggang ajaib.

3) Tuangkan susu cair & taburkan kismis/coklat cip.

4) Dalam bekas lain, pukulkan telur bersama gula & esen vanilla.

5) Kemudian, tuangkan bancuhan telur tadi ke atas roti dengan sekata.

6) Akhir sekali, tutup kuali/pemanggang ajaib dan bakar dengan api yang kecil untuk elakkan hangit. Bakar lebih kurang dalam masa 1/2 jam sehingga masak dan boleh dipotong.

Selamat mencuba 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge