Umum

Bahagia Itu Sederhana

Bahagia itu sederhana. Bersyukurlah atas segala nikmatNya.

BAHAGIA ITU SEDERHANA.

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan meng iron timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti aku masih bisa mendengar.

Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bererti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Aku bersyukur kerana sering ditanyakan khabar, dibantu dan digembirakan

Maka

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tidak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Ayuh kita sama2 mencuba untuk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfikir hikmah di sebaliknya

Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan  kedamaian.
Aamiin.Terima kasih Allah.
^_^

With love 🙂 Norazean Musa 013-9415831

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge