Umum

Minggu Akhir September 2016 Yang Osem

Ini gambar masa kami pergi Setia City Mall di waktu malam
Alhamdulillah, syukur masih boleh bernafas lagi pada pagi ini. Seperti biasa, untuk membakar semangat pagi, saya & Yusuf akan dengar alunan Asmaul Husna, zikir-zikir pagi, bacaan ayat Al-Quran dan zikir Al-Mathurat.

Bagi yang dalam kereta untuk perjalanan ke tempat kerja pun boleh pasang CD yang berkenaan juga. Semoga kita bersemangat untuk bekerja dengan niat sebagai ibadah kerana Allah. Mudah-mudahan Allah terima sebagai amalan. 😊

Bagi yang bekerja di rumah pun niatkan apa sahaja yang kita buat untuk beribadah kerana Allah. InsyaAllah, hati kita pun akan berasa sangat tenang.

Oklah, selamat menempuh minggu baru dan terakhir di bulan September dengan lebih bersemangat. InsyaAllah, hari ini banyak agenda untuk dibuat dari Soho kecil saya ini. Antaranya, nak bantu bakal leader AsSaffworks, nak bantu customer2 tersayang, nak bantu kawan2 sekolah, kemas kini azeanmusa.com dan malam nanti akan berBulatan Gembira untuk tambah ilmu & recharge iman. 😊

Semoga hari ini lebih baik buat semua.
Selamat menjalankan amanah sebagai hamba & khalifah Allah.

#inspirasiAzean
#founderAsSaffworks
#bisnesdarirumah

With love 🙂 Norazean Musa 013-9415831

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge