Resepi simplebyazean

Resepi Ikan Siakap Stim…sangat senang, sedap dan sihat

 

Assalamualaikum semua.
Sebenarnya lama dah nak share, tapi
hari ni barulah dapat menaipnya..ehe
Ok, resepi ini ringkas je…pertama
kali kami cuba, lepas tu rasa lain kali nak buat lagi…bahan-bahan
pun senang, masak pun senang, sedap pun sedap…

Ini gambar dari google…gambar yg kami masak ada kat bawah ye…

 

Resepi yang saya share ini, kira versi kami
tau…boleh lah jadikan panduan…nanti terpulang sendiri kalo nak
ubah suai sendiri bahan-bahannya ye…
Untuk bahan utama, mestilah perlu
ikan…kami biasa guna ikan siakap, tapi terpulang kalau nak guna
ikan lain pun takde masalah je…
Sukatan bahan-bahan lain pula, memang
tak menentu juga…kami ikut banyak mana nak masak dan agak-agak je
sukatan yang diperlukan.
Bahan-bahan :
Ikan siakap
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Cili padi
Serai
Daun limau purut
Limau nipis/kasturi
Minyak zaitun
Lobak merah
Tomato
Kobis bunga
Daun ketumbar/daun sup
Cara-cara :
Ok, caranya memang sangat
mudah…campak2 je…hihi
  • Bersihkan ikan…letakkan dalam
    loyang/pinggan atau bekas yang sesuai untuk dikukus (taburkan garam
    sikit pada ikan ye)
  • Bawang putih dan serai diketuk,
    bawang besar dihiris, halia dihiris besar, cili padi diketuk atau
    potong dua (kalo nak pedas, letak lebih sikit ye), daun limau purut
    dikoyakkan
  • Lobak merah, tomato dan bunga
    kobis tu dipotong2…kira nak buat sayur la ni…sebab protein dah
    ada iaitu ikan
  • Bila dah selesai, masukkan semua
    tu…campak/taburkan je semuanya atas ikan tadi
  • Akhir sekali, perahkan limau…nak
    bagi masam2 sikit…curahkan minyak zaitun sikit (kalo takde pun
    takpe)
  • Dah selesai letak semua
    bahan-bahan, boleh lah dikukus ye…oh ya, biasa kami letak air
    sikit…sebab biar ada kuah sikit, suka sangat nak
    hirup2…ehe…sedap!
  • Nanti, bila ikan dah hampir masak,
    boleh taburkan daun ketumbar/daun sup di atasnya ye.
dalam gambar ini, memang baru je letak dalam pengukus untuk masak..ikannya ada kat bawah tau..hihi 🙂
Ok, siap dah…mcmtu je…
Senang – potong2 dan campak2 je, pastu
kukus…sementara tunggu masak, boleh buat kerja lain kan…
Sedap – bila makan panas2 dengan nasi
putih…tapi tak makan dengan nasi pun boleh, pergh…memang
sedap…terasa gabungan rasa manis ikan dan aroma segala bahan2nya
tu…manis, pedas, masam…
Sihat – sebab dikukus, protein pun
ada, sayur pun ada…lengkap dah…
Akhir sekali, sukatan semua bahan2
tu…terpulanglah ye…nak banyak ke nak sikit…ada nak tambah atau
ada yang tak nak letak pun takpe…ikut keinginan masing2 ok…
Kalo order dan makan kat kedai tu pun
mahal jugak kan…bila buat sendiri, dengan air tangan
sendiri…sangatlah berbaloi.
Selamat mencuba semua 🙂
With love,
Azean
013-9415831

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge