Umum

Ijtimak Ramadhan Ikram Selangor (IRIS)

Alhamdulillah, syukur sangat…hari ini, kami direzekikan Allah berpeluang untuk hadir ke program IRIS. Program tetap yang akan dibuat pada bulan Ramadhan. Pada tahun ini, IRIS dibuat di Masjid UNITEN,Bangi… kalau tahun-tahun sebelumnya, biasa buat di Masjid Negeri Shah Alam.

Kali ini, seronok sangat dapat bawa Yusuf merasai suasana berbuka puasa/iftar secara beramai-ramai. Dapat juga kami merasai nikmat iktikaf dalam 10 akhir Ramadhan.
Semoga IRIS ini akan menjadi agenda tahunan buat keluarga kami.

Gambar ini waktu petang, persediaan untuk iftar/berbuka

Sedikit perkongsian ceramah dalam IRIS :
1. sifat daie mesti tawaduk dan ketawadukan ini dirasai oleh semua org yg kita sentuhi melalui perasaan,  perkataan..
2. daie mesti ada rahmah yg menjangkaui sempadan kenalan,  keluarga,  bangsa..rahmah itu buta.. satu ciri rahmah adalah rasa kasih sayang… ukurannya sedih musibah menimpa org yg tidak ada kaitan dgn kita..
3. apa bentuk rahmah dlm berjual beli?
4. mampukah kita mengekalkan sifat rahmah bila hasilnya kita rugi?

InsyaAllah, dah alang2 kami berada di Bangi, kami akan beriktikaf sehari lagi di Masjid sekitarnya seperti Masjid Hasanah, Masjid UKM dan Masjid Putrajaya.
🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge