Umum

Duit Raya vs Duit Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, malam ni dah masuk hari ke 19 Ramadhan. Rasa sekejap je masa berlalu…
Sementara nak tidur kejap lagi, saja je nak share pasal duit raya ni…
Yelah, kan dah tak lama lagi nak raya…sekarang ni, kalo kat pasaraya atau bazar2 memang penuh…ramai orang tengah sibuk membeli…persediaan untuk raya dan balik kampung…
Syukurlah, kami sekeluarga dah selesai awal bab membeli baju raya tahun ini…cuma tinggal nak beli kuih2 dan kerepek sikit nanti, hadiahkan kepada kedua-dua belah keluarga kami.

Sampul raya Aqsa Syarif Berhad, masih ada lagi stok…beli masa  time kerja kat sana dulu 🙂

Oklah, nak ceritanya pasal duit raya ini, memang waktu bujang dulu, masa tu dah dapat bekerja…jadi memang ada lah sedikit budget utk bagi duit raya buat adik2, anak2 sedara mara semua. Biasanya, memang kita akan prepare sebelum raya…dan bagi masa time raya tu la kan…
Tapi, nak dipendekkan cerita, sejak saya dah berkahwin…suami saya ajar dan memang dia amalkan dah…dia kata lebih baiknya, kita bagi sampul duit ini bukan masa raya bulan Syawal tu, tapi bagi masa bulan Ramadhan…niat sedekah, memang lagi banyak pahala dapat…
Seperti dalam hadis ini :

Mengikut riwayat At Tirmidzi, Rasulullah bersabda yang maksudnya “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”.

Tulah, memang rasa best sgt bila kami dapat buat. Cumanya, untuk mak, abah, adik2, anak2 buah yg tinggal dekat dan dapat jumpa…memang selesai dah untuk bagi. Tapi, kalo yg jauh, memang raya je baru jumpa…masa raya tulah baru dpt bagi…ehe.
Alhamdulillah, bila kami usaha untuk amalkan seperti dalam hadis tu, memang rasa seronok sangat…tapi tak salah juga kalo nak bagi masa raya tu…kalo ada budget banyak, bagilah masa dlm bulan Ramadhan dan masa bulan Syawal juga…hihi…smg dimurahkan rezeki nanti…
Apa2pun, mana yang dapat jumpa tu, memang kami dah siap2 bagi masa bulan Ramadhan, waktu hujung2 sebelum tiba hari raya.

Oklah, itu je nak share. Kalau nak mencuba buat kelainan sikit, silakanlah…smg Allah permudahkan 🙂

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge