Inspirasi & Motivasi, Kisah Kami, Tazkirah

Beriktikaf di Masjid Putrajaya dan Masjid Hasanah Bangi Yang Mesra Keluarga

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selesai je program IRIS di Uniten Bangi, kami terus ke Masjid Putrajaya. Salah satu masjid yang memang best untuk beriktikaf. Untuk 10 malam terakhir memang Masjid putrajaya dibuka untuk beriktikaf, boleh bermalam dan sahur pun disediakan. Tapi, kali ini kami luangkan masa untuk berada di masjid pada siang hari, dari pagi sampailah ke Zuhur.

 

Antara aktiviti kami 🙂

Lepas je Zuhur, kami bergerak ke Bangi, memang dah plan untuk berbuka di Masjid Hasanah. Masjid yang sangat mesra keluarga. Kali ini, tempat permainan kanak-kanak dah siap, memang seronok Yusuf dapat bermain dgn kawan2. Tempat untuk berbuka puasa pula memang disediakan khemah khusus buat yang berkeluarga dan untuk yang individu pun disediakan di sekitar laman masjid.

 

 

 

Yusuf tgh tido…tp bila nak azan, dia terbangun…ehe 🙂

Dikongsikan gambar-gambar yang sempat kami ambil ye. Suasana yang sangat best tatkala ramai keluarga berkumpul untuk berbuka puasa, anak-anak pun happy je 🙂
Malamnya, kami tidur, qiamullail dan bersahur di sini juga.

Oklah, itulah sedikit perkongsian dari kami. Jadi, setiap kali Ramadhan, boleh lah membawa keluarga ke Masjid Putrajaya dan Masjid Hasanah Bangi ye untuk berbuka setiap hari dan beriktikaf di 10 malam terakhir 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge