Umum

30 ‘Menu Lazat’ Sepanjang Ramadhan…Simple dan Osem!

Assalamualaikum

Pertama sekali, mohon maaf sekiranya tajuk adalah bukan seperti yang kalian fikirkan. Mungkin kalian terfikir, menu makanan kan. Tapi, tak mengapa…kalau tak nak teruskan membaca pun tak pe, tapi kalau nak teruskan membaca memang sgt2 dialu-alukan. Semoga bermanfaat 🙂

Inilah menu-menu yang sangat nikmat dan lazat, tak dpt dibandingkan dengan menu-menu makanan sepanjang bulan Ramadhan. Ganjaran pahala yang Allah berikan tersangatlah hebat. Hanya untuk sebulan sahaja. Jadi, ayuh semua kita ambil peluang yang cukup hebat ini.

Antara senarai rutin harian yang boleh diamalkan sepanjang Ramadhan.
(Sekiranya kita tidak dapat melakukan semua, setidak-tidaknya kita tidaklah tinggalkan semua, berbuatlah mengikut kemampuan masing2, yang penting ikhlas & berterusan. InsyaAllah)

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tp bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat – hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Peringatan ini adalah buat diri saya sendiri terutamanya.
Semoga setiap saat di bulan Ramadhan nanti dapat kita manfaatkan dengan sebaiknya dan dapat mendidik diri kita menjadi hambaNya yang lebih baik.
SELAMAT MENJALANI MADRASAH RAMADHAN 🙂

Ramadhan Kareem
Mohon maaf zahir & batin
Norazean Musa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge