Umum

Pengalaman bersalin di Hospital Serdang yang best

Teringat masa kira-kira setahun yg lalu, pengalaman nak lahirkan Yusuf.
Dalam 2-3 bulan sebelum tu, mmg dah ‘survey’ nak bersalin kat mana.
Sibuk la tanya kawan2 yg ada pengalaman dan sebagainya.
Mula2 ada tiga hospital la…pertama-Hospital Klang sbb dekat dgn rumah mak, kedua-Hospital Selayang sbb kawan bgtau mmg bagus perkhidmatannya, ketiga-Hospital Serdang sbb dekat dgn tempat kerja dan rumah sewa. Maklumlah, masa tu saya keje kat Kajang sementara suami keje kat Klang…mmg ‘PJJ’ masa tu…’weekend husband & wife’…hehe
Akhirnya, Hospital Serdang menjadi pilihan hati kami. Mmg siap2 tanya dulu, dan rasa lebih yakin utk bersedia bersalin di situ.
Tibalah masanya, jatuh pada hari Isnin mula rasa sakit perut, ingatkan sakit biasa sebabnya mmg la takde pengalaman lg mcmne rasa sakit nk bersalin tu kan..hehe..
Siap saya boleh bekerja dan gi berjalan-jalan lg hari tu..tahan je sakit perut tu sbb ia dtg kadang2 je..hi.. Tapi, bila masa nk tido malam tu, mmg saya dah rasa lain mcm je..rasa sakit yg kerap..tak boleh nk tido..mmg masa tu rasa berdebar  la jgk..mulut mmg dah tak henti dgn zikir dan doa..
dalam lebih kurang sekitar jam 1 pagi, air ketuban pecah..terkejut sgt, syukur sgt masa tu suami ada di sisi..teruslah kami bersiap2 ke Hospital Serdang walaupun masa tu dari Klang.
Bila sampai kat hospital, mmg waktu tu ramai org, jd takde katil kosong (mmg dah dimaklumkan sebelum ni)..terpaksa lah kami tumpang katil di bawah dan kerusi tempat menunggu yg ada..
Antara yg bagusnya di Hospital Serdang ni, mmg doktor dan jururawat kat situ mengutamakan hak pesakit terlebih dahulu..
Masa tu, mmg kena ‘shift’ doktor lelaki pula, tp mujur dia tanya dulu utk ‘check’ bukaan nk tunggu doktor perempuan atau mcmne..dia minta bincang dgn suami dulu..dia tak paksa lah..masa tu saya mmg tunggu doktor perempuan la, sbb rasa boleh bertahan lg..selamat satu masalah.
Bila dah selesai semua, dapat katil sekejap..tetiba bukaan dah 7 cm, terus la saya di bawa ke bilik bersalin..seronoknya, mmg majoriti doktor dan jururawat adalah perempuan..suami pun mmg dibenarkan utk berada di sisi menemani isteri ketika proses bersalin.
Alhamdulillah, akhirnya kira2 jam 12.30 tengah hari Selasa tu, selamat lah saya melahirkan Yusuf.
Lepas selesai segala proses, saya tak dapat lupa..momen yg cukup indah iaitu menyusukan Yusuf buat pertama kali..syukur sgt, Yusuf dapat hisap dgn baik..
Jururawat kat situ pun sgt ramah dan sudi ajarkan cara penyusuan yg betul kpd yg baru jd ibu.
Alhamdulillah.
Inilah gambar baby saya : Yusuf 🙂
Mohon doakan smg beliau bisa membesar menjadi anak yg soleh dan hebat seperti Nabi Yusuf a.s. ye…
InsyaAllah.

Yusuf -17 Disember 2013
AnugerahNya yg terindah buat kami :’)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge