Umum

Surirumah kerjaya idamanku

Assalamualaikum semua…

Akhirnya, saya kuatkan semangat untuk tulis entry dalam blog ini. Memang lepas ni, berazam nak konsisten sekurang2nya sehari satu cerita, hihi. Bukan apa, disebabkan fasa Yusuf sedang aktif ini, kekadang waktu malam dah letih nak tido…tak sempat nak pegang laptop…kalau siang lg lah, memang kena bagi perhatian kat Yusuf je. Tapi, itu bukan alasan, sbb ramai je kawan2 yg boleh atasi. Maknanya, mmg benarlah kalau nk berjaya, kita tak boleh cipta alasan.

Sedar tak sedar, Alhamdulillah lebih kurang 7 bulan dah berhenti keje…hehe…bertukar ke dunia surirumah.
Inilah impian saya masa sebelum kahwin dulu. Saya mmg tak nak keje yg terikat waktunya, lama pulak tu dari pagi sampai la ke petang. Jadi, tu yg saya bertekad utk jadi surirumah yg dapat uruskan tanggungjawab di rumah dan dapat menjaga anak2 depan mata. ehehe.

Lg satu, bila dah jadi surirumah ini, mmg masa tu mmg dah terikat, tp kena disipilin jgk la ye…kalo tak nnt semua benda tak jadi…hehe
Best jadi surirumah ini, sbb saya dpt dgr mcm2 perkongsian ilmu tak kira masa, kekadang malam, kekadang siang…
Pendek kata, walau hanya di rumah…mcm2 jgk yg kita boleh dpt utk tangkatkan ilmu, apatah lg di zaman siber ini, org kata semuanya di hujung jari je kan…hihi
Oklah, sedikit sharing sbg motivasi kpd yg mmg bercita-cita nk jadi surirumah jgk.
InsyaAllah, rezeki itu adalah drpd Allah, bkn drpd majikan kita…jadi jgn takut utk buat keputusan…hehe
Wassalam.

Azean@Ummu Yusuf 🙂

gambar hiasan…hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge