Umum

Hadiah dari Syurga

Assalamualaikum semua ^_^

Setelah sekian lama, akhirnya terwujud juga blog ini.
Saya memang pernah terlintas nak jadi penulis, eheh bukanlah yg betul2 macam penulis buku tu…
tp cukup la penulis dalam blog…teringin sangat nak kongsi kisah2 hidup
yang boleh memberi inspirasi, motivasi, dan apa2 sahaja yg bermanfaat
kepada semua.

Sedikit perkenalan ringkas tentang diri saya dan keluarga.
Nama penuh saya : Norazean Musa (boleh panggil azean atau yan atau ummu yusuf)
Saya baru nikah tahun lepas, pada 24 Mac 2013, dengan jodoh Allah buat
saya iaitu Mohd Faizul Md Taib (InsyaAllah, cinta hati saya hingga ke
Jannah) Aamiin, doakan ye 🙂
Kami ini dikenalkan oleh orang tengah, jadi lepas nikah, baru lah fasa berkenalan lebih mendalam dan melalui fasa bercinta. Alhamdulillah, terasa nikmatnya tatkala berlandaskan syariat yg sebenar 🙂

Pada 17 Disember 2013 pula, dalam tahun yang sama juga tau (kami tak sangka
sangat)…Allah rezekikan kami seorang putera atau mujahid yang bernama
Yusuf…melengkapkan lagi kenikmatan hidup berkeluarga.
Alhamdulillah.
Maka, kami pun sepakat untuk memahatkan nama Yusuf sebagai nama blog ini.
oklah, setakat itu sahaja dulu ye.

Buat semua, selamat membaca dan menghayati perkongsian coretan kisah dari hati kami.
Semoga bermanfaat buat semua.
Mohon maaf drpd kami atas segala kekurangan, mana yg baik itu adalah drpd Allah, mana yg tidak baik itu atas kelemahan kami, namun hakikatnya keduanya adalah drpd Allah yg disandarkan kepada kami selaku hambaNya.

Salam sayang drpd kami,
Abu Yusuf, Ummu Yusuf dan Yusuf 🙂

Yusuf…’Hadiah dari Syurga’…

We support Gaza 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge